3 Mitos Tentang Virus Korona

Bacaan 2 minit

Terdapat pelbagai mitos yang berlegar-legar dalam masyarakat tempatan menyebabkan kefahaman yang salah terhadap virus baharu ini. Mari kita sama-sama amati 3 mitos berkenaan dengan virus korona baharu yang boleh menyebabkan huru-hara tanpa sebab.

 

1. Penularan melalui barangan dari China merupakan mitos virus korona 

Pada Januari 2020, telah tular berkenaan dengan risiko untuk seseorang individu itu mendapat jangkitan melalui barangan yang ditempah secara atas talian dari China. Perkara ini mempengaruhi kadar jualan dan ekonomi negara China secara menyeluruh.

Jika jangkitan boleh disebarkan melalui barang yang ditempah secara online, sudah tentu ramai yang mahu membatalkan pesanan mereka, bukan? Banyak syarikat jualan di Malaysia yang mengimport peralatan dari China mengalami masalah bekalan stok.

Perkara ini menyukarkan banyak pihak dan kesannya, kebanyakan barangan yang dibeli tertangguh beberapa minggu bagi tujuan pemeriksaan teliti dan pembasmian kuman di China.

COVID mempunyai sifat yang lebih kurang sama dengan virus korona yang pernah menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS). Disebabkan itu jugalah ada organisasi yang menggunakan gelaran SARS-CoV-2 bagi merujuk kepada virus korona baharu.

Jika ia juga memiliki sifat yang sama, maka tempoh jangka hayat ini di luar badan hanyalah beberapa jam. Kalaupun terdapat sumber tinja, ia boleh hidup selama 4 hari, namun kebanyakan barang yang dieksport bersih daripada sumber tersebut.

Meskipun pekerja yang bekerja menyebarkan virus korona pada kotak itu sekalipun, ia akan melalui proses pembasmian kuman sebelum dihantar. Jika kita gandingkan kedua-dua hujah tersebut, apabila bungkusan itu tiba di Malaysia, ia bebas daripada unsur-unsur jangkitan COVID.

Setakat ini tiada bukti yang mengatakan virus korona boleh menjangkiti individu melalui barangan import.

 

2. Mitos virus korona yang tular – minum alkohol boleh sembuhkan jangkitan COVID

Walaupun alkohol dapat membunuh pelbagai jenis bakteria dan virus pada kepekatan tertentu, namun minuman alkohol tidak boleh membasmi jangkitan tersebut. Secara logiknya, jika ia boleh digunakan sebagai rawatan alternatif COVID, ia juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan lain.

Pengarah Kawalan dan Penghindaran Penyakit di Pusat Kesihatan San Francisco telah mengesahkan ura-ura tersebut sebagai mitos. Menurutnya, minuman beralkohol tidak boleh menyembuhkan atau menyebabkan jangkitan tersebut.

Ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan subjek COVID, maka lebih elok jika kita tidak terlibat sama dalam menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Mungkin anda cenderung untuk menggunakan hujah hand sanitizer yang mengandungi 60% alkohol sebagai alasan.

Namun, ketahuilah bahawa, cara yang paling berkesan untuk mengelakkan jangkitan bukanlah dengan menggunakan hand sanitizer tetapi amalan basuh tangan menggunakan air dan sabun. Jika tiada air dan sabun, baru lah boleh guna hand sanitizer tersebut.

 

3. Guna vaksin pneumonia untuk elak jangkitan virus korona. Ini adalah mitos

Walaupun virus korona baharu boleh menyebabkan masalah jangkitan paru-paru (pneumonia), penggunaan vaksin pneumonia tidak boleh melindungi anda daripada jangkitan ini.

Vaksin tersebut hanya boleh melindungi anda daripada jangkitan virus tertentu sahaja seperti pneumokokus dan Haemophilus influenza jenis B (HiB). Setiap virus mempunyai struktur genetik yang berbeza.

Jangan pula anda batalkan niat untuk mengambil vaksin tersebut jika anda belum mendapatkannya. Anda perlu melindungi diri anda daripada jangkitan lain juga.

Walaupun masih tiada lagi vaksin yang boleh melindungi individu daripada jangkitan COVID, syarikat terkemuka seperti Novavax dan Johnson & Johnson sudah mula mencipta vaksin bagi jangkitan ini.

Ia perlu melalui proses tapisan klinikal bagi menguji keberkesanan dan risikonya terlebih dahulu sebelum disahkan selamat untuk diambil. Perkara ini mungkin akan mengambil masa yang lama.

 

Apa pun kami dari BabyBeauty menasihati anda sentiasa menjaga kebersihan keluarga, elakkan ke tempat tumpuan ramai pakai mask dan sentiasa bawa sanitizer. Kami mendoakan semoga wabak #corona19 pulih secepat mungkin. Sama-sama kita mohon perlindungan dari Allah swt.

 

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..