Cara Mendidik Anak – 4 Tips

Bacaan 2 minit

Cara mendidik anak ada dalam pelbagai cara. 4 cara utama mendidik anak-anak supaya seronok belajar adalah:

melihat (Visual)

mendengar (Auditory)

membaca/menulis (Reading/Writing)

mempraktik/sentuhan (Kinestetic)

BERGAUL & BERMAIN

Cara yang terbaik adalah memberi peluang untuk anak-anak kita bergaul dan bermain bersama kanak-kanak yang lain. Ini adalah cara mendidik yang terbaik dengan mengasah kemahiran dalam pergaulan. Anak-anak akan saling berinteraksi bersama satu sama lain dan ini akan membentuk keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, toleransi, dan membentuk jati diri.

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MENGIKUT KECENDERUNGAN ANAK & TEGURAN IBU BAPA

Cara mendidik daripada Ibu bapa juga faktor utama dalam membentuk jati diri anak-anak. Ibu bapa harus meluangkan masa bermain bersama anak-anak dan memberi tunjuk ajar dan teguran yang membina bagi membentuk akhlak yang mulia dan menjadi teladan yang baik kepada mereka. Anak-anak merupakan cermin kepada akhlak ibu bapa kerana mereka akan memerhati dan mencontohi ibu bapa mereka.

DIDIKAN BERMULA SEAWAL 4 ATAU 5 TAHUN

Didikan awal anak seawal umur 4 atau 5 tahun dimana mereka mula bertanya dan inginkan perhatian. Bagaimanapun elakkan untuk menekan atau memaksa anak untuk membaca, mengaji, mengira dan sebagainya sebelum mereka bersedia kerana ini akan mengurangkan keinginan mereka untuk belajar di masa depan. Selalunya ibu bapa cenderung untuk menghukum anak (Time Out) . Sentiasa memberi galakan untuk bertanya, melakukan aktiviti seperti mewarna atau melukis dan main bersama-sama.

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MENGIKUT KECENDERUNGAN ANAK

Cara mendidik hendaklah bersesuaian dengan kecenderungan mereka. Tahap kecenderungan boleh diukur berdasarkan tahap permerhatian anak-anak sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Kebanyakan anak-anak mempunyai beberapa cara pembelajaran tetapi selalunya satu anak mempunyai satu kecenderungan cara pembelajaran.

Jangan kerana anak jiran sebelah yang umur sebaya anak kita dah pandai membaca, jadi kita pun menganggap anak kita pun sudah sedia untuk membaca. Lihat kecenderungan anak dulu. Bila anak cenderung, bermakna dia sudah bersedia.

Macam mana nak galakkan anak capai tahap kesedian tu?

Lakukan aktiviti bersama-sama. Berikan pendedahan mengikut cara didikan bersesuaian mengikut 4 kaedah diatas. Buat secara berperingkat dan perlahan-lahan, sehingga kita nampak kecenderungan anak terhadap perkara tersebut.

Sebagai contoh aktiviti ‘snorkeling‘. Jangan fikir anak sudah bersedia. Pergi ke laut dan terus terjun ke dalam laut. Selepas itu terus berenang bersama-sama dengan ikan-ikan di dalam laut tu 😑 Bukan cara mendidik anak semacam itu.

Kita kena pecahkan dan buat secara perlahan-lahan dan berperingkat. Sebagai contoh, lihat video dokumentari orang menyelam laut dalam untuk melihat kecenderungan anak. Bawa ke tepi laut dan mulakan dengan aktiviti berenang. Apabila sudah nampak anak mula bersedia, barulah ambil langkah yang seterusnya.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituCerita Dalam Mendidik Anak | Ini Tips Cara Didik Anak Supaya Jadi Berdikari | Macam Mana Nak Luang Masa Yang Berkualiti Dengan Anak Anda? | Anak Demam. Si Manja Tidak Sihat?..


#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..