5 Jenis Makanan Untuk Bayi Anda Perlu Elak!!

Bacaan 2 minit

Jenis Makanan Untuk Bayi.Mencecah usia enam bulan, anda sudah boleh memperkenalkan bayi dengan pelbagai jenis makanan.

Paling baik, anda memperkenalkannya dengan rasa buah dan sayur-sayuran. Sungguhpun begitu, sebagai ibu anda perlu tahu ataupun kenal dengan beberapa jenis makanan yang harus anda hindari pada bayi ketika pertama kali anda memperkenalkannya pada makanan.

Ada di antara jenis makanan tersebut boleh memberikan efek yang kurang baik, seperti alergik, tersedak dan batuk. Lagipun bayi mempunyai perut yang masih kecil dan belum terlalu kuat. Setiap makanan yang masuk ke dalam perutnya perlu anda tahu jenis makanan untuk bayi anda.

Pada usia 6-12 bulan, anda boleh memberikan bayi anda makanan yang lembut dan semi-padat seperti bubur dan pisang. Selain itu, apa yang perlu anda titikberatkan ialah kebersihan makanan tersebut. Adalah lebih baik, jika anda memasak sendiri menu yang anda sediakan untuk bayi anda.

Bahan utama makanan yang baik untuk bayi anda ialah beras, ayam, daging, sayur-sayuran dan ikan. Pastikan anda memilih ikan dan sayur-sayuran yang segar.

Masak dengan cara dan rasa terbaik agar bayi anda menyukainya. Ketika anda menyediakannya, pastikan makan tersebut masak sempurna agar segala kuman dan bakteria boleh mati. Jangan memasak dengan api yang terlalu besar dan lama kerana makanan tersebut boleh menjadi terlalu lembik dan hilang khasiatya.

Paling penting, jangan sesekali anda cuba menambahkan serbuk perasa atau MSG kerana bahan ini boleh menimbulkan kerosakan fungsi otak.

Berikut beberapa jenis makanan yang DILARANG untuk bayi anda:

1. Coklat

Disebalik rasanya yang enak dan manis, ternyata coklat dapat mengundang alergik buat bayi. Lagipun coklat adalah makanan yang banyak mengandungi kafein dan kadar gula yang tinggi.

 

2. Putih Telur

Protein yang terdapat dalam putih telur boleh menyebabkan alergik pada bayi. Selain itu, telur juga mempunyai vitamin D dan pelbagai vitamin serta mineral lainya.

 

3. Madu

Spora’ yang terdapat di dalam madu berpotensi menyebabkan keracunan ataupun alergik kerana bakteria clostridium botulinum boleh menyebabkan sembelit, lemah dan rasa sukar untuk bayi menelan.

 

4. Kacang

Sebelum anda berhasrat untuk memberikan kacang atau makanan yang diperbuat daripada kacang pada bayi anda,sebaiknya anda berhati-hati. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi anda berusia lebih daripada setahun kerana ruam alergik lebih mudah menyerang  bayi yang makan kacang.

 

5. Strawberi

Meskipun strawberi mempunyai khasiat vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh, tetapi apabila diambil oleh bayi akan membuatkan sistem penghadamannya terganggu. Selain strawberi, apapun jenis makanan atau buah-buahan yang masam pasti akan meninggalkan efek buruk apabila dimakan oleh bayi.

 

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..