5 petua ini membantu merawat bayi anda demam

Newborn cold. Mother holding thermometer and touching forehead of her sick baby, measuring temperature, panorama

 

Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

 

Bawa bayi anda berjumpa dengan doktor segera sekiranya bayi anda:

* Berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih

* Berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih

 

Petua Merawat Bayi Demam Panas

1. Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.

 

2. Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.

 

3. Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.

 

4. Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol (panadol syrup)  untuk kanak-kanak. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.Untuk kesan yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil ‘supp’ atau nama penuhnya ‘suppository’) digunakan.

 

5. Antibiotik juga boleh digunakan kerana ia membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa panjang yang buruk. Rujuklah ke doktor anda untuk maklumat lanjut.
Team

 

 

 

Rujukan: wow.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Article

Ini Punca Bayi Anda Kembung Perut

Next Article

Petua Untuk Kulit Bayi Kering

Related Posts
Read More

Syampu Kanak-Kanak Terbaik

Syampu tanpa parabens dan sulfat menjadi semakin popular kini. Mengabaikan komposisi kandungan syampu amatlah tidak digalakkan dan anda harus ambil cakna tentang kebaikan syampu terutamanya untuk kanak-kanak kecil. Terdapat pelbagai jenis syampu kini boleh didapati dipasaran. Pergi sahaja mana-mana kedai atau pasaraya memang rambang mata dan juling jika anda nak membuat pilihan syampu.
Total
0
Share
error: