7 Khasiat Strawberry Untuk Kesihatan Kita

Bacaan 2 minit

Tidak susah sebenarnya untuk mendapatkan penawar, pencegah, pembekal, pengawal dan penyumbang kepada kesihatan yang bagus untuk tubuh badan. Semuanya ada terkandung pada buah-buahan, salah satunya adalah buah Strawberry. Kami konsgikan kepada anda 7 khasiat yang ada pada Strawberry sangat berguna untuk tubuh badan manusia.

1. Baik untuk kesihatan mata
Dengan semakin bertambahnya usia dan kurangnya nutrisi pelindung, radikal bebas akan dengan mudah menyebabkan permasalahan pada mata. Beberapa anti-oksidan seperti vitamin C dan flavonoid hadir dalam Strawberry, di mana dapat menangkal perkembangan yang berhubungan dengan penyakit mata terkait usia seperti katarak dan degenerasi makula.

2. Menjaga fungsi otak
Antioksidan yang terkandung dalam Strawberi seperti vitamin C dan fitokimia dinilai mampu menjaga dan meningkatkan fungsi otak. Selain itu, Strawberry juga kaya akan yodium yang dapat membantu menjaga fungsi otak dan sistem saraf manusia.

3. Menurunkan Kolestrol
Strawberi kaya akan phyto – nutrisi yang merupakan jenis senyawa yang berperan untuk mencegah dari berbagai macam penyakit. Senyawa ini juga lah yang membuat warna dan juga bau pada buah strawberry. Senyawa ini juga telah terbukti mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan menghambat oksidasi low density lipo – protein ( LDL).

4. Memutihkan gigi
Strawberi juga mampu memberi kesan memutihkan gigi dan menjaga kekuatan gigi.

5. Menjaga kesihatan jantung
Tidak boleh dinafikan anti – oksidan yang ditemukan dalam buah Strawberi berupa gabungan antara vitamin C dan juga Anthocyanidins, dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam pembuluh darah. 

6. Mencegah Kanser
Vitamin C, asam folat, anthocyanins, quercetin, dan kaempferol merupakan beberapa jenis flavonoid yang terkandung dalam strawberry yang memiliki efek antikarsinogenik.
Kandungan antikarsinogenik ini dapat melawan pertumbuhan tumor penyebab kenser, serta mencegah metastasis (penyebaran) sel kenser di dalam tubuh.

Minumlah jus strawberry secara rutin agar terhindar dari bahaya kenser.

7. Mencegah tekanan darah tinggi
Salah satu kajian yang dibuat American Journal of Clinical Nutrition menemui bahawa terdapat makanan yang kaya akan anthocyanin seperti strawberry dapat mencegah tekanan darah tinggi. Selain itu kesan warna, anthocyanin pada buah strawberry juga dapat membantu membuka aliran darah.

Kesan ini sangat baik pada mereka yang berusia 60 tahun ke bawah. Apa pun anda perlu juga mendapat khidmat nasihat doktor.

Kesan sampingan
Buah ini juga dikenali sebagai goitrogen iaitu makanan yang boleh mengganggu fungsi organ tiroid, dan mampu memberi kesan kepada pesakit tiroid. Pengambilan buah strawberi berlebihan boleh memberikan reaksi negatif terutamanya kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan kepada debunga pokok birch. 

Kesimpulan
Buah strawberi adalah antara buah yang sangat bagus untuk diamalkan seharian kerana terkandung pelbagai nutrisi yang penting untuk kesihatan. Secara relatifnya, buah strawberi, dan mana-mana buah sekalipun adalah terbaik dimakan secara segar.

Makan apa sahaja buah-buahan yang berkhasiat adalah baik untuk kesihatan tetapi jangan berlebihan kerana sesuatu yang sihat itu jika dilakukan berlebihan pasti akan mendatangkan kemudarat pula.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda 😀

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..