Resepi Nasi Ayam Paling Mudah Untuk Anak-Anak

Bacaan 2 minit

Anak anak pasti suka makan nasi ayam dan mereka tidak pernah jemu betul tak? Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada anak-anak kecil hinggalah ke warga emas. Sebab itulah para ibu-ibu kena standby siap-siap sekurangnya satu resepi nasi ayam yang mudah dan sedap untuk kita masak untuk keluarga atau tetamu.

RESEPI NASI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH UNTUK ANAK-ANAK

Untuk Rebusan Ayam

1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

POTONG AYAM

Macam biasa ayam seekor, ikut suka nak potong macam mana. Asingkan lemak tapi jangan buang lemaknya, sebab nanti nak guna untuk buat minyak ayam. Kalau suka ayam macam di kedai, tak payah potong, boleh guna seekor terus.

REBUS AYAM

Rebus ayam dulu sebelum diperap dan digoreng supaya dapat hasil yang juicy dan cantik. Air rebusan ayam ni akan gunakan untuk masak nasi nanti. Caranya, panaskan air bersama bahan-bahan A di atas. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut.

MASAK NASI

Seterusnya untuk memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B di atas.
Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap saja jangan sampai garing, biarkan layu je.
Kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.
Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Tanak nasi sampai masak.

PERAP & GORENG AYAM

Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, kita akan gunakan bahan C di atas. Mula-mula, tumbukkan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang dah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.

SAMBAL CILI

Makan nasi ayam memang wajib ada sambal.
Bahan-bahannya seperti di bawah:

  • 5 tangkai cili padi merah siam
  • Guna cili merah5 ulas bawang putih2 inci halia
  • Tambah1 sudu kecil cuka1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa1/2 cawan air rebusan ayam
  • Sos tomota – kalau nak tambah pun boleh.

    Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  
SAMBAL KICAP

Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

MASAK SUP

Kemudian, nak masak sup kita gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil tadi. Contohnya kaki ayam, tulang, tengkuk, dan sebagainya. Rebus sampai masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawang dan cengkih. Kemudian masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Siap!

Last sekali sediakan salad.. siap!! 😊

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..