Anak Demam. Si Manja Tidak Sihat?..

Bacaan 3 minit

Anak demam? Dari masa ke masa, setiap anak pasti akan pernah jatuh sakit. Pastinya situasi tersebut menyebabkan kegusaran di hati ibu bapa sekiranya melihat si manja tidak ceria.

Adakalanya, anda juga keliru memikirkan apakah cara terbaik untuk merawat anak demam.

Anak sudah tentu akan mengalami kesukaran untuk berasa selesa dan pada masa yang sama perlu menghadapi kesakitan dan ketidakselesaan.

Berikut beberapa simptom yang menunjukkan anak anda tidak sihat, seperti:

  • Masalah pernafasan antaranya nafas yang sempit, laju dan ada lengkukan pada rusuk anak
  • Perhatikan gejala fizikal petanda anak kurang sihat seperti muntah, suhu badan tinggi, batuk atau berkelakuan di luar kebiasaan seperti menangis, mudah marah, enggan makan dan minum, tampak lesu dan mengantuk
  • Percaya naluri seorang ibu – biasanya seorang ibu akan lebih mengenali anaknya berbanding individu lain dan akan dapat mengenal pasti tingkah laku berbeza atau membimbangkan

Anak Demam – Kaedah Rawatan

1) Memastikan keselesaan

Sekiranya anak kurang sihat di rumah, maka ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan mereka selesa dan menuju ke arah kesembuhan.

Dalam keadaan anak yang sakit, perkara paling penting untuk dilakukan adalah mendengar.

Jika anak mengatakan mereka enggan tidur, mungkin itulah yang sebaiknya. Bahkan, anak demam mungkin berasa lebih selesa di sofa bersama selimut.

Walau apa pun, tidak kira anak mahu berehat di atas katil atau sofa, ada cara yang boleh ibu lakukan untuk membantu mereka berasa lebih selesa.

2) Pengudaraan ruang yang baik

Sekiranya anak ingin berehat di bilik, pastikan ada udara keluar masuk. Andai suhu bilik terlalu panas, anak mungkin akan berasa lebih teruk.

Anda boleh menggunakan pelembap udara (humidifier) untuk memastikan udara di dalam bilik anak lembap.

Ia dapat membantu mengurangkan batuk, hidung tersumbat dan ketidakselesaan.

Jika boleh, pastikan suasana rumah dalam keadaan sunyi dan damai bagi membolehkan anak berehat.

3) Pengambilan cecair mencukupi

Ketika merawat anak demam, untuk hari pertama, mereka mungkin tidak mempunyai keinginan untuk makan. Namun, tidak mengapa.

Cuma ibu kena pastikan anak mengambil air yang mencukupi.

Ini kerana dehidrasi akan memburukkan keadaan anak yang sakit. Jadi untuk mencegah dehidrasi, anak perlu minum air dengan kerap.

Selepas itu, anda boleh cuba memujuk anak makan dan mendorong mereka untuk mengambil minuman berkhasiat seperti susu.

Sediakan makanan yang mudah dicerna dan tidak akan mengganggu perut mereka seperti sup ayam.

Umumnya, pilihan makanan adalah bergantung kepada gejala yang dialami anak.

4) Berikan permainan bersesuaian

Bagi seorang ibu, apabila anak demam, sudah tentu anda mahukan mereka berehat. Tetapi situasinya mungkin berbeza.

Namun begitu, duduk berbaring sepanjang hari boleh mendatangkan kebosanan kepada sesiapa pun.

Jadi mungkin anda boleh berikan anak permainan yang bersesuaian seperti Word Search atau sekadar menemani mereka berehat.

5) Perlukan rehat yang banyak

Anak dalam keadaan kurang sihat akan cepat berasa penat. Jadi galakkan mereka untuk lebih banyak berehat dan tidur.

Anda mungkin boleh bantu dengan membacakan buku cerita kepada mereka.

Paling penting, sekiranya anak masih bayi, jangan tertidur dengan si manja yang sakit di atas sofa – walaupun anda berdua keletihan.

Sekiranya anak mengalami penyakit berjangkit seperti cacar air (chicken pox), asingkan mereka daripada individu berisiko untuk dijangkiti. Ini bertujuan untuk mencegah penyebaran penyakit.

Anak Demam – Keadaan yang membimbangkan

  • Sangat mengantuk dan anda tidak boleh mengejutkan mereka
  • Masalah pernafasan
  • Kulit kebiruan, pucat atau putih
  • Mempunyai ruam yang tidak hilang apabila anda menekannya
  • Mengalami kekejangan yang berterusan lebih dari 5 minit

Anda juga perlu melakukan pemeriksaan doktor segera sekiranya:

  • Berusia di bawah 3 bulan
  • Tidak kencing seperti kebiasaan
  • Tidak menyusu seperti keadaan normal
  • Mengalami muntah yang banyak

Jika anda tidak pasti, dapatkan rawatan perubatan. Percayalah pada naluri seorang ibu!

Mendapatkan bantuan pakar perubatan

Anda boleh mendapatkan bantuan doktor jika berasakan keadaan anak membimbangkan. Mereka akan memberikan cara merawat anak dan preskripsi ubat yang bersesuaian.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu5 petua ini membantu merawat bayi anda demam | Macam Mana Nak Luang Masa Yang Berkualiti Dengan Anak | Anak pertama ibu bapa bertukar jadi PANDA | Minyak Telon Syafia menenangkan si kecil anda

Sumber HelloDoktor

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..