Tahukah anda waktu tiduk yang baik untuk bayi 0-6 bulan rata-rata diangagarkan 16jam sehari. Semakain bertambah usianya maka waktu tidurnya menajdi semakin berkurangan. Ada sesetengah ibu ayah yang mengalami kesukaran kerana bayi mereka tidak mahu tidur malam. Saya sendiri pernah alama sewaktu anak perama. Mungkin anda boleh meneliti faktor-faktor ini yang mungkin menjadi penyebab si manja susah tidur dan asyik meragam pada waktu malam.
Kenapa anak susah sangat nak tidur malam?
- Kelaparan
Bayi juga manusai biasa, malahan lebih lemah sifat fizikal mereka jika dibandingkan dengan seseorang dewasa. Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan ia juga kerap lapar. Sebagai ibu, susukanlah anak anda sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Sebelum tidur, susukanlah anak anda secukup-cukupnya, pasti masalah bayi anda yang susah tidur ini akan mula berkurangan. Penting: jika anak anda menyusu menggunakan susu tepung, anda hendaklah pantau apabila menyusukanya. Elakkan anak anda menyusu sehingga matanya terlelap kerana khuatir akan tersedak. - Suasana yang tidak selesa
Tidur memerlukan relaks dan ketenangan sendiri. Jadi, jauhkan bilik tidurnya dari suasana bising dan lampu yang terlalu terang. Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk mejaga keselesaan serta kesihatan bayiSuhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau sejuk
- Tidak selesa dengan pakainnya Pakaian yang tidak selesa di tubuh bayi, seperti tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menggangu tidur bayi. Sebaiknya, pakaikanlah size baju tidur yang sesuai dengan tubuh bayi jangan terlalu besar atau serta diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.
- Mula tumbuh gigi
Tumbuh gigi bagi bayi amat menyakitkan sehigga tidurnya menjadi kurang nyenyak malah ada yang demam. Gigi yang baru hendak tumbuh akan membuatkan bayi tidak selesa kerana gusinya terasa gatal.Usia bayi dimana gigi pertamanya mula tumbuh adalah berbeza-beza , namum rata-rata bayi mulai tumbuh gigi pada sekitar enam bulan. kebanyakan bayi yang tumbuh gigi akan menunjukkan tanda seperti mengeluarkan air liur dan suka mengigit benda keras
- Penyakit atau gangguan kesihatan
Biasanya bayi kalau ada sesuatu yang tidak selesa di tubuhnya seperti adanya penyakit atau gangguan kesihatan seperti demam dan batuk pasti akan kerap menangis. Jika perlu segeralah jumpa doktor kerana gangguan pernafasan pada setiap bayi adalah berbeza-beza.
Rujuakan: wom.my