“Tengok tv belakang sikit. Dekat sangat tu. Sakit mata nanti” Haaa…biasa guna tak dialog ini?
Pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang melakukan perkara sama seperti ini, bukan? Ok lah! sebenarnya, perkara ini macam dah jadi turun menurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Kalau dahulu, kita ditegur oleh ibu bapa sebab menonton televisyen (TV) pada jarak dekat kerana tidak mahu mata rosak, dan sekarang kita pula yang menegur anak-anak yang tengok televisyen dekat-dekat. Namun, betul ke mata boleh rosak?
sebenarnya kepercayaan kita bahawa menonton tv pada jarak dekat boleh merosakkan mata adalah satu mitos semata-mata. Ia wujud disebabkan trauma serta fobia berikutan masalah teknikal yang berlaku pada waktu dahulu.
Mitos berkaitan tv
Pada tahun 1960-an, sebuah syarikat pengeluaran televisyen, General Electric, membuat kenyataan bawah tv berwarna yang dikeluarkan mereka mengalami kesilapan.
Kesilapan yang berlaku ini menyebabkan alat elektronik ini mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan pihak General Electric dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar televisyen.
Itulah bagaimana wujud kepercayaan menonton televisyen secara dekat boleh merosakkan mata. Tetapi malangnya isu itu tidak berakhir di situ sahaja, sebab sehingga ke hari ini, kita masih percaya mengenainya.
Fakta penglihatan tengok tv jarak dekat
Menonton televisyen pada jarak dekat sebenarnya adalah satu tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Jom kita fahami dulu mengapa wujudnya tabiat seperti ini dalam kalangan kanak-kanak.
- Sebenarnya jarak penglihatan antara kanak-kanak dengan individu dewasa adalah berbeza.
- Kanak-kanak boleh fokus pada jarak dekat lebih baik berbanding individu dewasa tanpa memberikan tekanan kepada mata. Keadaan ini disebabkan oleh keadaan kanta mata yang lebih fleksibel dan sesuai untuk pandangan jarak dekat.
- Mata boleh menukar bentuk untuk pandangan jarak jauh atau dekat dan mata kanak-kanak adalah yang paling fleksibel untuk situasi ini.
- Fleksibiliti mata akan berkurangan mengikut pertambahan usia, jadi kanak-kanak akan mula menjarakkan diri daripada tv apabila semakin membesar.
- Tabiat ini wujud kerana keterbatasan mata untuk melihat dan memahami sesuatu.
- Adakalanya wujud keinginan dalam diri kanak-kanak untuk masuk ke dalam rancangan tv yang ditonton mereka.
Sebenarnya tidak salah untuk anda sebagai ibu bapa berasa risau apabila anak-anak gemar menonton tv secara dekat. Ini kerana tabiat ini mungkin boleh mendatangkan bahaya jika si manja menontonnya untuk tempoh yang lama dan dalam keadaan pencahayaan yang tidak mencukupi. Jadi tidak salah untuk ambil langkah berjaga-jaga, bukan? Siapa yang tak sayangkan anak kann…..
Sumber:hellodoktor
Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering
#babybeautynatural