Bahagia – 5 Tips

Bacaan 2 minit

Bahagia adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Sihat dan hidup bahagia menjadi impian semua orang betul? Bagi wanita yang sudah berkahwin dan telah menjadi ibu, sudah pasti banyak kehilangan waktu untuk memanjakan dirinya sendiri. Kesibukan menguruskan rumahtangga serta tugas seharian adakalanya membuatkan anda tak menang tangan!

Berikut beberapa tips sederhana yang boleh cuba untuk hidup bahagia dan sihat walaupun sudah beranak pinak!

(1) Lepaskan Emosi Negatif

Duduklah dengan selesa, hirup dan hembuskan nafas yang panjang dengan lambat. Ketika anda mengeluarkan nafas, bayangkan anda telah melepaskan semua emosi negatif seperti marah, dendam, sakit hati dan sebagainya itu.

Ketika anda menarik nafas, bayangkan anda sedang menghirup kualiti positif yang memberikan ketenangan, keberanian dan kemahuan. Lanjutkan aktiviti ini selama beberapa minit. Dengan senaman ini, anda akan menjadi lebih mudah untuk melepaskan perasaan negatif.

(2) Bahagia Bila Bersenam

Jaga dan sayangi tubuh anda. Jaga pola pemakanan anda, perbanyakkan pengambilan makanan segar termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan gandum. Ia akan menyihatkan tubuh dengan menghasilkan energi yang bersemangat dan sihat.

Selain itu, luangkan waktu untuk bersenam dan ke gym. Jika anak anda masih terlalu kecil, carilah tempat bersenam yang menyediakan kemudahan untuk menjaga anak seketika atau mintalah bantuan saudara mara dan sebagainya.

(3) Beli Peralatan Senaman

Jika anda tidak suka meninggalkan anak anda di bawah jagaan orang lain, tidak ada salahnya jika anda asingkan sebahagian wang untuk membeli peralatan senaman. Misalnya ‘treadmill’ atau tali skipping. Anda boleh bersenam sebentar ketika anak anda ke sekolah atau sedang tidur di siang hari. Sekiranya anak anda sudah besar, elok juga jika anda ajak dia bersama-sama anda melakukan senaman. Kesihatan adalah kekayaan

(4) Bahagia Apabila Tidur Siang

Setelah mempunyai anak, anda pasti akan menjadi lebih penat. Jangan lupa untuk luangkan sedikit masa untuk tidur sejenak pada siang hari bagi mengembalikan semangat dan kesegaran tubuh anda dalam mencapai hidup bahagia. Ketika anak-anak ke sekolah atau sedang tidur di siang hari, ada baiknya anda gunakan kesempatan tersebut untuk berehat.

(5) Masak Makanan Yang Sihat

Perkenalkan anak-anak pada makanan sihat sejak dari kecil lagi. Beri dan ajarkan mereka untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari. Jangan lupa juga sediakan sarapan yang penuh khasiat seperti oatmeal buat mereka. Hindari junk food yang boleh merosakkan sistem ketahanan tubuh serta kesegaran tubuh.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Ada 6 Punca Bayi Susah Tidur Malam | Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk | 5 Jenis Makanan Untuk Bayi Anda Perlu Elak!! | Anak pertama ibu bapa bertukar jadi PANDA  | Cara Merawat Bayi Kembung Perut

#babybeautynatural

Sumber: wom.my

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..