Bahaya bayi 6 Bulan Ke Bawah Minum Air Putih.

Bacaan 2 minit
Bahaya bayi 6 bulan ke bawah jika diberikan air putih. Sebenarnya bayi tidak memerlukan air putih kerana mereka memperolehi sejumlah kuantiti air yang cukup melalui susu, sama ada dari susu ibu ataupun susu formula. Bayi yang diberikan air putih, akan menggangu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrisi dari susu ibu atau susu formula. Memberikan air putih juga akan menyebabkan bayi anda kenyang dan tidak mahu susu ibu atau formula. Apa yang membahayakan bayi 6 bulan ke bawah minum air putih adalah:
  • Mengganggu Pembesaran Bayi

Apabila perut bayi telah dipenuhi air putih, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

  • Sawan Tarik

Air putih sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi 6 bulan ke bawah. Bayi yang terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam di dalam darah. Sindrom yang dipanggil ‘Oral Water intoxication’ ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

  • Merencatkan Akal

Memberi air putih kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

  • Jangkitan Penyakit

Air putih yang mempunyai kuman menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku seperti air diperoleh dari sumber yang tidak selamat. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Kesimpulan

Hakikatnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air putih.Hal ini kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit dan kembung perut. Bahaya bayi 6 bulan ke bawah sekiranya air putih tambahan diberikan untuk proses tersebut. Oleh itu, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: 5 petua ini membantu merawat bayi anda demam |5 Jenis Makanan Untuk Bayi Anda Perlu Elak!! Cara Merawat Bayi Kembung Perut

Sumber: wommy

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..