“Bayi Hari Pertama” di Rumah

Bacaan 3 minit

“Bayi Hari Pertama” di Rumah merupakan hari yang teristimewa dan merupakan satu peristiwa manis yang mungkin anda sering bayangkan. Mungkin kedatangan bayi kecil dari hospital, rumah kebajikan atau unit rawatan rapi (icu). Jadi ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri anda dengan anak anda sebelum memperkenalkan ahli keluarga baru kepada Ibu bapa, mertua dan sanak saudara. Berikut ada tips untuk membuat persediaan.

Bayi Hari Pertama Keluar Hospital

  • Bakal ibu seharusnya mengemas pakaian untuk meninggalkan hospital sebelum pergi ke hospital. Rancang untuk memakai pakaian longgar  yang mempunyai tali serut atau pinggang elastik kerana kemungkinan pakaian sebelum hamil tidak lagi sepadan dengan badan anda. Ada sesetengah meninggalkannya di rumah dan meminta pasangan membawanya setelah bayi dilahirkan ke hospital.
  • Jika cuaca panas, pakaikan bayi dengan baju t-shirt dan seluar kapas ringan atau bendungkan bayi. Jika cuaca sejuk, gunakan pijama yang memiliki sarung kaki dan tangan dan selimutkan ke atas bayi. Pakaikan topi dan elakkan selimut dari muka bayi. Ini untuk mengelakkan dari sesak nafas akibat muka bayi tertutup dengan selimut.
  • Pastikan bayi dalam keadaan tenang dan anda berpuas hati dengan tahap kesihatan bayi di hospital sebelum pulang. Elakkan pakaian yang rumit yang memerlukan menarik atau menolak lengan dan kaki bayi anda.
  • Jika anda belum membuat temujanji dengan klinik kesihatan, pastikan anda bertanya bila pemeriksaan pertama bayi perlu dimulakan sebelum meninggalkan hospital. Pastikan pendaftaran untuk pemeriksaan berkala oleh klinik kesihatan kerajaan terdekat dibuat supaya pemeriksaan ke rumah dijadualkan secara percuma. Sesetengah “Bayi Hari Pertama” pra-matang dibenarkan pulang dengan pemantauan khas pemeriksaan sendiri tentang keadaan pernafasan dan degupan jantung dan kemungkinan anda diajar CPR.

Bayi Hari Pertama Perjalanan Ke Rumah

  • Pertimbangkan untuk membeli atau meminjam kerusi kereta sebelum bayi anda dilahirkan. Adalah tidak selamat untuk menggendong bayi semasa pemanduan walaupun untuk perjalanan yang singkat. Kemungkinan bayi boleh tercampak atau terlepas dari pangkuan anda. Terdapat 2 jenis tempat duduk bayi bergantung kepada berat bayi iaitu sebelum berat bayi 10kg dan diganti apabila berat melebihi 10kg hingga 15kg ke atas. Tempat duduk bayi direka mengadap ke belakang bagi tujuan keselamatan. Sentiasa gunakan tempat duduk belakang. Ikat bayi anda dahulu dan selimutkan di atas bayi.
  • Jangan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Pastikan semua soalan anda terjawab sebelum meninggalkan hospital. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan pemandian bayi, penyusuan susu ibu, sendawa dan sebagainya, tanya jururawat anda, doktor atau perunding laktasi anda.

Bayi Hari Pertama Di Rumah

  • Beri penyusuan sekerap mana diperlukan dan elakkan bayi di tempat tidur bersama-sama kerana dibimbangi tertindih semasa tidur. Sebaik-baiknya asingkan tempat tidur di katil bayi berasingan untuk keselamatan.
  • “Bayi Hari Pertama” biasanya menangis selamat 1 hingga 5 jam dalam tempoh 24 jam. Tangisan biasanya beransur-ansur kurang selepas beberapa minggu. Jadi sentiasa bersabar kerana anda mungkin berasa sakit secara fizikal atau berasa letih bergantung kepada pengalaman bersalin anda. Sementara itu, pasangan anda mungkin berasa sedikit tersisih jika anda benar-benar asyik dengan bayi.
  • Jika mempunyai anak yang lain, pastikan meluangkan masa yang berkualiti dengan setiap daripada mereka dan memberi galakan untuk turut membantu menjaga ahli keluarga terbaru ini. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, beringat untuk tidak membiarkan haiwan peliharaan bersendirian bersama dengan bayi yang baru lahir.
  • Hadkan bilangan tetamu ke rumah pada mulanya
  • Ambil masa untuk berehat dan menyesuaikan keadaan dengan situasi baru anda. Ini bagi mengelakkan “Bayi Hari Pertama” terlalu terangsang dan letih jika terlalu ramai orang berada disekeliling.

Hubungi doktor

  •  jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan penyusuan dan masalah kesihatan daripada berdiam diri dan bimbang tentang sesuatu yang sia-sia. Jika melihat sesuatu yang membimbangkan, terus hubungi doktor atau bawa ke bahagian kecemasan. Antara tanda-tandanya ialah:
    1. suhu rektum 100.4°F (38°C) atau lebih tinggi (bayi < 2 bulan)
    2. simptom dehidrasi (menangis tanpa air mata, mata cengkung, tiada lampin basah dalam 6 hingga 8 jam)
    3. terdapat bonjolan lembut di kepala apabila bayi dalam keadaan tenang
    4. bayi sukar untuk dibangunkan
    5. pernafasan yang cepat atau sukar (hubungi kecemasan jika bayi anda mengalami kesukaran bernafas dan disekitar bibir atau mulut bertukar menjadi kebiruan)
    6. muntah kuat berulang kali atau tidak berupaya menahan cecair di dalam mulut
    7. muntah atau najis berdarah
    8. lebih daripada lapan najis cirit-birit dalam 8 jam
  • Jika anda bimbang, terus bawa anak anda ke hospital kecemasan. Keadaan kecil boleh berubah menjadi serius dengan bayi yang baru lahir.

5 petua ini membantu merawat bayi anda demam

Minyak Telon Syafia menenangkan si kecil anda

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..