Fanvit – Minuman Jeli Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Bacaan 3 minit

Jika merujuk kepada pakar pemakanan, minuman jeli vitamin untuk kanak-kanak mereka menyatakan ia tidak semestinya menjadi keperluan untuk memilih sebarang suplemen. Apa yang penting, ibu bapa perlu memberi keutamaan kepada sumber diet seimbang dalam pemakanan harian kanak-kanak.

Pilih vitamin untuk kanak-kanak kena betul caranya. Terdapat pelbagai jenis vitamin di pasaran khas untuk kanak-kanak. Dalam kehidupan zaman Covid-19 tentu ramai ibu bapa berusaha untuk memberikan suplemen terutama vitamin C sebagai salah satu cara menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti virus.

Kanak-kanak memerlukan sebilangan besar vitamin dan mineral untuk tujuan tumbesaran dan perkembangan tubuh badan mereka. Antara banyak vitamin dan mineral, sebahagian daripadanya dianggap sangat penting untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak, termasuklah Vitamin A, Vitamin B2, B3, B6 and B12, kalsium and zat besi.

Apabila kanak-kanak membesar, penting bagi mereka untuk mendapatkan cukup vitamin dan mineral bagi memastikan kesihatan yang optimum untuk mereka.

Sebilangan besar anak mendapat nutrien dalam jumlah yang cukup dari makanan seimbang, tetapi dalam keadaan tertentu, kanak-kanak mungkin perlu menambah vitamin atau mineral dari sumber lain.

Sekiranya ibu ayah bercadang untuk beri anak suplemen vitamin tambahan untuk anak, boleh saja tetapi pastikan ibu ayah memilih vitamin yang diformulasikan untuk kumpulan umur anak anda. Vitamin yang diambil dengan dose yang betul dan tidak akan membahayakan.

Berikut adalah jenis-jenis vitamin yang baik untuk kanak-kanak

1) Vitamin A
Berfungsi untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan yang normal, memperbaiki sel tisu dan tulang, mengekalkan kulit, mata yang sihat dan sistem imunasi yang teratur.

2) Kumpulan Vitamin B
Ia sangat penting untuk merangsang proses metabolisma, sistem peredaran darah, sistem saraf, dan memastikan otot, gigi dan tulang yang sihat. Kalsium pula membantu dalam pembinaan tulang yang lebih kuat, lebih-lebih lagi ketika fasa remaja. Selain itu juga, zat besi berfungsi untuk membina otot dan menghasilkan sel darah merah yang sihat.

3) Kalsium
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

4) Zat besi 
Membina otot dan menghasilkan sel darah merah yang sihat. Vitamin dan mineral umumnya disyorkan untuk diperoleh melalui diet bagi menyediakan nutrien yang diperlukan. Sentiasa membincangkan makanan tambahan dengan profesional kesihatan sebelum memberikannya kepada anak.

Pilih vitamin yang dibuat khusus untuk anak-anak dan pastikan ia tidak mengandungi megadosis yang melebihi keperluan nutrien harian untuk kanak-kanak.

Selain itu sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat, seimbang dan cepat sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik disamping itu juga boleh menjimatkan masa.

Fasa membesar adalah fasa paling mencabar kanak-kanak (terutamanya 5 tahun ke atas) untuk mencuba sesuatu yang baru dan menerima apa yang kita (ibu-bapa) perkenalkan kepada mereka, termasuk bab makanan. Jika anak-anak boleh menerima dengan baik, Alhmdulillah. Tapi kebiasaanya mereka sangat cerewet, memilih atau jadi picky-eater. Ibu-bapa perlu bersabar dengan kerenah mereka dalam memilih makanan.

Salah satu cara adalah anda sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan?

Selain itu anda juga boleh berikan minuman jeli multivitamin Fanvit 200ml untuk 1 hari, ia membantu melengkapkan nutrisi anak-anak yang sedang aktif. Walaubagaimanpun yang terbaik adalah penyedian hidangan sihat dan enak untuk anak-anak. 😊

Minuman Jeli Multivitamin Untuk Kanak Kanak Fanvit

Adakah Kanak-kanak Perlukan Vitamin Tambahan?

Realitinya, tidak semua ibu bapa boleh menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka setiap masa.

Faktor kehidupan mungkin sebab utama kita terpaksa berserah dengan situasi dan keadaan. Kita juga berharap anak-anak dapat sumber pemakanan yang terbaik apabila berada diluar penjagaan kita buat sementara.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituPetua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..