Ibu Superb – Ikut 6 Cara

Bacaan 2 minit

Ibu Superb dalam setiap keluarga sangat penting dan diperlukan. Sebaik-baiknya seorang ayah, beliau tetap tidak dapat menggantikan peranan sebenar sebagai seorang ibu. Kepekaan, kasih sayang dan kelembutan, kudrat Illahi inilah yang tak dimiliki oleh seorang lelaki! Bagi anak-anak, kesabaran dan kepekaan serta kasih sayangnya, ibu sering menjadi tempat untuk mencurahkan segala masalah yang dihadapi. Serapat manapun anak itu dengan ayahnya, ia masih belum mampu menggantikan tempat ibu di hati anak-anak. 6 cara menjadi ibu yang superb:

(1) Tanamkan Nilai & Agama Sejak Dari Kecil

Tips menjadi ibu yang baik paling utama adalah menanamkan nilai-nilai moral kepada permata hati. Nilai-nilai tersebut harus ditanamkan sejak anak-anak masih kecil supaya apabila mereka dewasa nanti mereka akan memahami nilai-nilai murni yang harus ada di dalam kehidupannya.

Keluarga adalah tempat utama atau pendedahan sosial yang pertama kali bagi anak-anak sebelum mereka akhirnya berinteraksi dengan dunia luar. Keluarga boleh dikatakan sebagai media pengenalan kepada anak-anak. Bagi seorang ibu, waktu kanak-kanak merupakan saat paling akrab jika dibandingkan dengan masa-masa lainnya. Zaman kanak-kanak adalah waktu di mana buah hati mulai belajar memahami semua yang ada di persekitarannya.

Ibu yang baik harus mampu mengajarkan nilai-nilai murni kehidupan dan nilai-nilai agama buat anak-anaknya. Nilai-nilai tersebut harus diterapkan sejak anak masih kecil kerana pada ketika itu anak-anak masih mudah untuk diarahkan dan mudah dalam menyerap segala hal yang diajarkan.

Nilai kehidupan dan nilai agama merupakan nilai asas yang harus dimiliki agar anak-anak memiliki karakter yang baik sebagai bekalan untuk berinteraksi dengan masyarakat dan dunia luar. Jika anak-anak sudah memiliki nilai-nilai kehidupan dan nilai agama yang kuat, secara tidak langsung ia  boleh mengetahui mana yang baik dan buruk bagi dirinya nanti.

(2) Penasihat Yang Baik

Adakalanya seorang anak berasa terlalu bimbang ketika mengambil sebuah keputusan. Berikanlah nasihat dan kata semangat yang diperlukan, bantulah dia untuk percayakan diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan diambil. Yakinkannya bahawa apa pun keputusan yang dibuat, itu adalah yang terbaik untuknya.

(3) Ajarkan Kesabaran

Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu, boleh menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar, hal itu akan mengajarkan anak anda, secara tidak langsung, agar mereka juga kuat mengatasi masalah yang akan dihadapinya kelak.

 (4) Ibu Superb – Sumber Inspirasi

Adakalanya anak anda menghadapi hari yang sukar dan penuh dengan tentangan. Sebagai ibu, anda harus peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfkirlah secara positif dan berikan inspirasi agar anak anda memiliki keyakinan dan perasaan optimis yang tinggi bahawa segala masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

(5) Didik Dengan Peraturan

Dalam kelembutan mendidik anak, anda perlu tegas dalam beberapa hal. Cipta peraturan untuk mendisiplinkan anak-anak anda. Dalam ketegasan ini, sebenarnya ia sesuatu yang baik, kerana anda tidak terlalu manjakan mereka. Anak-anak yang biasa dengan peraturan lebih mudah menguruskan diri sendiri.

(6) Memberi Perhatian Dan Tumpuan

Dalam kesibukan anda menguruskan rumahtangga dan kerjaya, jangan sehingga anda mengabaikan anak-anak anda. Memberi perhatian mengenai perkembangan mereka dan tumpukan pada perjalanan hidupnya. Jangan biarkan dia melalui kehidupannya sendiri.

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..