Bayi anda kerap menangis? Mungkin bayi anda sedang mengalami kembung perut. Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis pada lewat petang dan awal malam. Anda boleh cuba mengenalpasti dengan cara tepuk perlahan di perut bayi sekiranya perut rasa bayi keras mungkin tanda bayi kembung perut. Masalah ini berpanjangan selama 2 hingga 4 jam sehari dan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Kebiasaanya bermula dari umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapa Bayi Mengalami Kembung Perut?
- Alah kepada laktosa.
- Usus bayi masih belum matang.
- Cara anda menyusukan bayi.
- Bayi mengalami ketidakselesaan disebabkan oleh angin.
- Sistem saraf bayi belum matang menyebabkan ia sensitif terhadap persekitaran.
- Susu formula yang kurang bersesuaian.
- Terdedah kepada asap rokok. Jika ibu bayi merokok ketika mengandung dan berpantang, bayi itu lebih berisiko mengalami kembung perut.
Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut
- Elakkan dari dengan persekitaran yang bising.
- Bawa bayi anda bersiar-siar dan ambil angin.
- Selimutkan bayi anda dan biarkan dia selesa dengan keadaan itu.
- Selepas memandikan bayi, cuba membuat urutan dari tapak kaki bayi sehingga ke perut.
- Jika bayi anda mengambil susu formula, mungkin ia tidak sesuai dan anda boleh bertukar kepada susu lain.
- Gunakan minyak Syafia untuk mengurangkan kembung perut
Dapatkan Nasihat Doktor Sekiranya;
- Bayi anda menangis dengan nada yang sakit.
- Bayi anda menangis dalam tempoh masa yang lama dan berterusan.
- Bayi anda mengalami muntah dan cirit birit.
- Suhu badan bayi anda meningkat.