Ke mana bapa pergi?

Bacaan < 1 minit

Bapa boleh hilang dalam hidup anak-anak dalam keadaan berikut:

  1. Bapa yang telah meninggal dunia
  2. Penceraian 
  3. Bapa yang bekerja jauh
  4. Bapa yang ditakuti anak-anak (Terlalu bengis, pendera, pemabuk, bermasalah moral dan sebagianya)
  5. Bapa yang tidak kisah

Banyak kajian psikologi telah menunjukkan kesan terhadap golongan yang dipanggil “Fatherless daughters” ini antaranya:

  1. Menoroka aktiviti seksual lebih awal
  2. Kadar keterlibatan jenayah lebih tinggi
  3. Kadar bunuh diri lebih tinggi – dua kali ganda

Apakah peranan seorang bapa.

Sebaik mana pun kasih sayang dan didikan seorang ibu, harus kita akui, ada elemen pendidikan anak-anak yang harus secara khusus datang daripada seorang lelaki. Sifat berani, bertanggungjawab, tegas tetapi penyayang seorang ayah mempunyai reseptor penerima khusus dalam jiwa anak-anak, terutamanya anak perempuan. Sekiranya nilai ini tidak datang daripada seorang ayah, dikhuatiri, ia akan dicari daripada ‘lelaki’ lain. 

Apa yang boleh kita lakukan? 

  1. Jika anda seorang ayah, mainkan peranan sebaiknya. Kalau tidak pandai belajar, tidak tahu mencuba, sedikit kasih sayang leih baik dari tiada langsung
  2. Untuk keluarga yang ditakdirkan tidak berbapa – Kematian, penceraian, ambil perhatian lebih kepada anak-anak yang ditinggalkan ini. Seorang lelaki dalam keluarga – datuk, bapa saudara, abang – harus segera mengambil peranan. Kalau boleh mencari ganti, itu yang lebih baik. Baik untuk anak, baik juga untuk ibu. 
  3. Untuk bapa yang bekerja jauh – berusaha lah untuk menggantikan masa yang telah hilang. Pastikan keberadaan anda dirasai. Percaya lah, kualiti lebih penting dari kuantiti. 
  4. Jika anda jenis yang tidak kisah, ini masanya untuk kisah. Seminit dua anda memeberi perhatian kepada anak anda – duduk main bersama. berbual, bercerita – mungkin akan terpahat menjadi perisai maruahnya sampai bila-bila
  5. Didik anak-anak dengan nilai Islam dari awal. Seorang ayah tidak wajib untuk menjadi ustaz, cukup menjadi hamba Allah yang soleh. InsyAllah keluarga terpelihara. 

“Peluk anak anda dan katakan pada mereka, apapun yang berlaku “Ayah ada” jangan risau.  

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..