Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak – Serangan Asma

Bacaan 2 minit
Klinik kesihatan ibu dan anak dikunjungi ramai ibu bapa untuk mendapatkan bantuan melegakan pernafasan, mesin nebulizer setiap kali anak diserang asma. Rawatan ini akan melegakan  serangan asma, tetapi tidak merawat asma untuk jangka masa panjang.
Asma berlaku disebabkan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Akibatnya anak anda akan mengalami sesak nafas dan dada, tidak boleh bercakap serta batuk berterusan yang biasanya berlaku pada waktu malam atau awal pagi.
Asma boleh menjadi bahaya sekiranya rawatan dari klinik kesihatan ibu dan anak tidak diberikan. Secara purata, 10% kanak-kanak di negara ini menghidap penyakit asma. Penyakit ini biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dengan 40% daripadanya mengalami alahan hidung.

7 Punca Utama Serangan Asma

  • Pencemaran udara daripada persekitaran yang tidak bersih
  • Selsema atau jangkitan pernafasan
  • terdedah kepada asap rokok
  • Alahan kepada bulu, habuk, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain
  • Terdedah kepada udara sejuk atau perubahan suhu
  • Keletihan akibat senaman
  • Situasi yang memberikan tekanan

Potensi untuk sembuh

Asma tidak sembuh 100% tetapi boleh dikawal menerusi rawatan dengan mengikut nasihat doktor dari klinik kesihatan ibu dan anak. Kebiasaannya potensi kanak untuk bertambah baik daripada asma lebih tinggi berbanding orang dewasa. Ketika kanak-kanak berusia 7 hingga 8 tahun, asma yang dihidapi boleh berhenti dengan sendiri. Bagaimanapun, langkah pencegahan tetap perlu diambil kerana asma boleh menyerang semula pada bila-bila masa.

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak – Kaedah rawatan asma

Setakat ini tiada rawatan terbaharu dan masih bergantung sepenuhnya kepada ubat dalam bentuk sedutan.

Terdapat dua jenis ubat, iaitu pelega dan pencegah. Bagi ubat pelega, iaitu sama ada melalui mesin nebulizer atau menggunakan alat sedutan. Cuma kini kebanyakan hospital dan klinik, penggunaan nebulizer dihadkan kerana bimbang ia boleh menularkan jangkitan COVID-19 sekiranya pesakit itu positif.

Fungsi ubat pelega adalah bertindak kepada otot saluran pernafasan sebagai penenang otot. Bagaimanapun, pesakit asma tidak seharusnya bergantung kepada ubat pelega sekiranya berdepan serangan asma berulang dan teruk.

Klinik kesihatan ibu dan anak menyediakan rawatan lanjut perlu untuk menyelesaikan punca kepada masalah radang. Ini penting untuk memastikan masalah sama tidak berulang. Ia akan bertindak kepada salur pernafasan dengan mengurangkan radang dan kahak sehingga kesihatan kembali seperti sedia kala.


Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak – Rawatan secara berkala

Ubat pencegah perlu digunakan secara berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan dengan pemantauan dan secara rawatan berkala.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu menggunakan ubat pencegah dalam tempoh masa 6 bulan, manakala bagi yang kerap mengalami asma mereka perlu meneruskan pengambilannya sehingga 1 tahun.

Ubat pencegah ini wajib digunakan dan amat penting bagi kanak-kanak yang kerap mengalami asma. Ini adalah untuk meningkatkan tahap kawalan asma. Disamping ini, ia dapat mengurangkan kekerapan serangan asma yang lebih teruk sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau berdepan risiko kematian,”

 

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak – Pantau kesihatan anak

Ibu bapa perlu tahu dan memantau keadaan kesihatan anak terutama kekerapan serangan asma.

Jika hampir setiap hari mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, dada sempit dan sukar bernafas, bermakna kanak-kanak menghidap asma tahap akut.

Jika anak kena asma sekali atau beberapa kali dalam sebulan, ia bukan keadaan yang normal dan perlukan rawatan lanjut, iaitu ubat pencegah dan ubat pelega.

Kanak-kanak penghidap asma lebih berisiko dijangkiti COVID-19, beliau berkata, risikonya adalah sama dengan kanak-kanak normal.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituPetua lebatkan rambut anak | Tips pemilihan ubat gigi kanak-kanak Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..