Luangkan Masa Bersama Anak Secara Berkualiti

Bacaan 2 minit

Luangkan masa bersama anak sekiranya berpeluang. Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa pula, anda mungkin terlalu sibuk bekerja untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian sehingga tidak menyedari anak anda semakin membesar daripada hari ke hari.

Jika semasa mereka masih bayi, anda sibuk menukar lampin dan memberi mereka makan, kini anda sibuk dengan persekolahan dan aktiviti harian mereka apabila mereka telah semakin meningkat dewasa. Oleh itu, semasa mereka masih bergelar kanak-kanak inilah, adalah lebih elok untuk anda menikmati setiap detik masa bersama anak-anak sebelum mereka berpindah ke fasa keremajaan. Apa yang boleh anda lakukan sebagai satu cara untuk menikmati momen-momen penting ini?

Luangkan masa bersama anak dengan Berpegangan tangan

Semasa mereka di peringkat kanak-kanak ini, inilah masa terbaik untuk anda memegang tangan anak anda bagi memimpin mereka berjalan. Sebagai contoh jika anda   ingin melintasi jalan, berjalan-jalan di tepi pantai atau membeli-belah di pasar raya. Berpegangan tangan bukan sahaja bertujuan untuk memimpin mereka, malah ia juga untuk menjaga keselamatan mereka. Kami pasti kanak-kanak ini tidak lagi mahu berpimpin tangan apabila mereka sudah remaja.

Sokong persahabatan mereka

Galakkan mereka berkawan. Jangan risau kerana anda tidak sesekali akan kehilangan anak anda jika membenarkan mereka berkawan dengan kanak-kanak lain. Sokong persahabatan anak anda dengan cara menjemput rakan-rakan mereka bagi menyambut hari jadi atau membiarkan mereka bermain di halaman atau di dalam rumah bersama-sama. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk tidur di rumah rakan mereka atau di rumah anda pada hujung minggu sekiranya mereka seronok untuk melakukannya.

Layan keterujaan dan semangat mereka

Jika mereka menunjukkan minat atau semangat dalam melakukan sesuatu, beri galakan kepada mereka. Jangan sesekali menyekat minat dan bakat mereka selagi mana ia tidak melanggar peraturan, adab dan budaya. Ikhlaskan hati anda melayani minat mereka sepertimana mereka ikhlas dalam melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Sekiranya mereka akan menyertai sesuatu pertandingan di sekolah mahupun di kejiranan anda, usahakan untuk hadir untuk melihat potensi mereka dan memberi sokongan. Ingatlah, setiap individu mempunyai minat dan potensi yang berbeza dan jangan sesekali memaksa mereka mengikuti semangat dan minat anda.

Luangkan masa bersama anak ketika Makan bersama

Waktu mereka masih bersekolah adalah waktu yang paling baik untuk anda makan bersama-sama sekeluarga. Anda boleh bersarapan dan menikmatinya bersama anak anda sebelum mereka ke sekolah. Ketika waktu makan malam, tanya kepada mereka apa perkembangan di sekolah. Apa yang mereka makan sewaktu rehat dan perancangan mereka pada hujung minggu. Kesemua aktiviti ini akan meningkatkan interaksi dan hubungan sihat antara anda dan anak anda. Nikmati waktu-waktu ini sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke menara gading. Pada waktu itu, ada akan mula kesunyian tanpa kehadiran mereka di sisi.

Sebagai ibu bapa, anda perlu bersedia dengan setiap perubahan yang akan anak anda alami. Pimpin mereka bagi setiap fasa dan pengalaman baharu seperti hari pertama ke sekolah, bagaimana untuk turut serta dalam sukan dan cara untuk berkawan. Anda akan menikmati setiap pengalaman dan cabaran ini kerana anda mungkin tidak lagi akan berpeluang mengajari mereka apabila mereka meningkat dewasa. Kesibukan tugasan dan kerja bukan alasan untuk meminggiri darah daging anda kerana keluarga adalah keutamaan setiap ibu dan bapa.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..