Memotong Kuku Bayi

Bacaan 2 minit

Memotong kuku atau mengetip kuku bayi memang sedikit stress. Meskipun anda berpengalaman dalam merawat bayi, tetapi perasaan resah itu tetap wujud. Bimbang jika anda akan menyakiti bayi anda.

Tentu ramai yang ingin tahu, bilakah waktu yang paling tepat untuk memotong atau mengetip kuku bayi anda, terutama bayi yang baru lahir? Anda perlu segera melakukannya, dua kali seminggu atau lebih dalam beberapa minggu pertama setelah kelahiran bayi anda. Jari bayi yang baru lahir sangat kecil dan kukunya tumbuh dengan cepat.Memotong atau menguntingnya perlu dilakukan untuk menjaga kuku yang cepat tumbuh. Biasanya kuku kaki yang baru lahir tumbuh lebih lambat berbanding dengan kuku tangan.

Ketika memotong atau mengunting kuku bayi, anda perlu berhati-hati. Jika terlalu pendek ia boleh terluka dan kalau masih terlalu panjang, kuku tersebut boleh menggores dan menimbulkan kesan-kesan calar merah di wajahnya sendiri.Anda perlu merawat kuku bayi dengan cara yang sederhana iaitu memotongnya dengan menggunakan ketip kuku atau gunting kuku khusus untuk bayi. Anda disarankan menggunakan gunting kuku bayi yang tajam dan sesuai dengan bayi yang bergerak aktif. Anda perlu berhati-hati, bersikap tenang dan relaks semasa memotong atau mengunting kuku bayi anda.Jangan bimbang ok, lama-kelamaan nanti anda akan terbiasa dan tidak ragu-ragu lagi untuk memotongnya.

Memotong kuku bayi – Ikuti 5 tips:

1. manicure pedicure khas untuk bayi 
Gunakan peralatan yang tepat. Guna ketip atau gunting kuku untuk bayi. Seeloknya guna gunting kuku berukuran kecil dan gunting bul
2. Pencahayaan

Pastikan anda memotongnya di tempat yang terang. Pencahayaan yang terang membolehkan anda melihat dengan lebih jelas kuku bayi yang akan dipotong.

3. Potong atau gunting kuku bayi selepas mandi

Pada ketika itu kuku bayi lebih lembut sehingga lebih mudah untuk dipotong. Anda juga disarankan memotong kuku bayi anda ketika dia tidur atau sedang leka menyusu.Dudukkan bayi anda di atas pangkuan, tekan hujung jari sehingga kuku terkeluar sedikit dari kulit. Kemudian potong di bahagian berwarna putih

4. Potong kuku bayi dengan bentuk lurus rata

Jangan potong dalam bentuk melengkung seperti kuku dewasa. Usahakan agar memotongnya tidak terlalu pendek atau kuku masih terlalu panjang. Tinggalkan kuku sedikit saja agar jari tidak sampai terluka. Asah (nail files) kuku jari tangan dengan bentuk melingkar untuk menghindari hujung kuku menjadi tajam. Sementara itu, potong lurus kuku kaki.

5. Sediakan ubat antiseptik

Sekiranya anda tidak sengaja melukai kulitnya, basuh kawasan yang terluka dengan air mineral dan sapukan dengan ubat antiseptik. Jangan balut atau tutup luka tersebut dengan plaster untuk menghindari bayi menarik atau memasukannya ke dalam mulut.

Untuk menghentikan pendarahan apabila anda tidak sengaja melukai, celupkan kuku yang berdarah ke dalam air sejuk. Kemudian keringkan dengan menggunakan tisu dan pegang kuku bayi anda dengan sedikit tekanan. Dalam masa 1-2 minit pendarahan tersebut akan berhenti.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..