Apakah kebaikan minyak Syafia untuk bayi?
Kebiasaan ibu-ibu di Malaysia menggunakan minyak telon pada bayi setiap kali selepas mandi?
Apakah kesannya jika kita tidak memakaikan minyak telon kepada bayi? Untuk pengetahuan anda, berdasarkan pengalaman ibu-ibu pada zaman dahulu, di antara kebaikan minyak telon kepada bayi ialah:
Menghangatkan badan bayi anda
Tubuh badan bayi masih belum mampu untuk menghangatkan suhunya dengan sendiri atau menyesuaikan diri dengan keadaan suhu di sekelilingnya. Itulah sebabnya kita sebagai ibu bapa perlu membantu untuk menghangatkan tubuh bayi, terutamanya pada waktu malam atau semasa hujan dimana cuaca menjadi sejuk. Jika bayi anda dibiarkan kesejukan, kemungkinan anak anda akan demam & selsema.
Mengelakkan bayi masuk angin
Bayi adalah sangat lemah dan mudah dimasuki angin. Di antara tempat yang mudah dimasuki angin ialah pada bahagian ubun-ubun dan tapak kaki. Itulah sebabnya mengapa bayi yang baru lahir biasanya dipakaikan dengan stokin dan topi. Sebagai tambahan, sapukan minyak Syafia pada tubuh badan bayi bagi mencegah kembung perut.
Menghilangkan kembung atau sakit perut
Sapu minyak Syafia pada perut, betis, dan tapak kaki bayi akan membantu menghilangkan kembung atau sakit perut yang dialami oleh bayi anda. Bayi anda masih belum pandai bercakap untuk memberitahu tentang kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami. Bayi cuma tahu menangis. Perhatikan bayi anda. Biasanya tangisan bayi akan hilang atau berkurangan selepas anda sapukan minyak telon pada bayi anda.
Memberikan keselesaan kepada bayi anda
Minyak telon biasanya mempunyai bau yang harum dan berasa sedikit panas apabila disapu pada kulit bayi. Apabila anda menyapu minyak telon pada anggota badan bayi seperti perut, punggung, dada dan tapak kaki, bayi anda akan berasa selesa. Aroma serai wangi dan kehangatan dari minyak Syafia akan membuatkan bayi anda berasa selesa, tenang, dan mudah untuk tidur nyenyak.
Menenangkan bayi anda
Selain memberikan rasa selesa, minyak telon juga menenangkan bayi anda. Aroma minyak telon akan melekat pada tubuh badan bayi anda dan dihidu oleh sicomel. Malah urutan yang anda lakukan selepas menyapukan minyak telon akan membuatkan bayi anda berasa tenang.
Kombinasi aroma minyak telon dan urutan yang anda berikan pastinya akan menenangkan bayi anda. Bayi yang berada dalam keadaan tenang tidak akan meragam dan biasanya tidur nyenyak dengan lama.
Lebih lanjut, anda juga boleh rujuk disini
*Artikel ini hanya pandangan dan pengalaman peribadi sahaja.
Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat manfaat untuk anda: Minyak Syafia | Punca si kecil kembung perut | 5 punca si kecil kembung perut