Pandai Muzik? Cepat Belajar, Anda Bijak!

Bacaan 2 minit

Pandai Muzik? Tidak semudah itu untuk memutuskan mengenai sama ada seseorang itu bijak atau tidak. Tidak percaya, bukan? Namun itulah adalah berdasarkan satu penyelidikan yang dilakukan oleh Michigan State University (MSU).

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal lntelligence ini mungkin merupakan kajian pertama yang mengkaji hubungan antara kebijaksanaan, kebolehan bermain muzik dan perkembangan minda dalam kalangan pemain piano baru.

Perkembangan minda dalam kajian ini merujuk kepada kebolehan pelajar sama ada mereka boleh meningkatkan kebolehan asas seperti kemampuan bermain instrumen piano.

Pandai Muzik? Kajian yang dilakukan

Penyelidikan yang melibatkan 161 mahasiswa yang diajar untuk bermain lagu ‘Happy Birthday’ dengan piano melalui bantuan panduan video. Selepas berlatih, mahasiswa terlibat mempersembahan lagu 25-nota muzik berulang kali dan ia dinilai oleh tiga pelajar siswazah MSU berdasarkan ketepatan melodi dan irama yang dimainkan.

Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan ketara dalam trajektori kemahiran setiap pelajar. Terdapat pelajar yang belajar cepat, memperolehi markah penuh dalam tempoh 6 minit latihan.

Manakala terdapat juga yang memberikan persembahan yang kurang memuaskan pada permulaan, namun dapat diperbaiki pada persembahan yang seterusnya. Untuk perbandingan, terdapat juga pelajar yang seolah-olah seperti kehilangan motivasi, malahan ada juga sesetengah pelajar yang tetap memberikan persembahan yang langsung tidak memuaskan walaupun telah berlatih.

Pandai Muzik? Pelajar berjaya vs pelajar gagal

Jadi kenapa ada pelajar yang berjaya melakukan persembahan dan mengapa terdapat pelajar yang gagal?

Untuk mengetahui puncanya, penyelidik memberikan pelajar ujian keupayaan kognitif yang bertujuan untuk mengukur kemahiran menyelesaikan masalah serta kelajuan memproses maklumat.

Selain itu ujian untuk mengukur kemahiran muzik turut dilakukan seperti keupayaan untuk membezakan antara irama yang sama. Kajian terhadap perkembangan minda turut dilakukan.

Menurut calon doktor dalam kognisi dan neurosains kognitif, Alexander Burgoyne, “Hasilnya amat mengejutkan. Ini kerana kebanyakan individu menyatakan mindset memainkan peranan penting apabila berdepan cabaran, seperti mempelajari instrumen muzik baru.

“Namun ia tidak melambangkan kemahiran yang diperolehi. Keputusannya mungkin berbeza bagi individu yang mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi,” ujar Alexander.

Kesimpulan

Dalam bahasa yang mudah, jika anda hanya meletakkan mindset bahawa anda boleh melakukan sesuatu tanpa mencuba dan memberikan kesungguhan sepenuhnya, ia hanyalah satu perbuatan yang sia-sia.

Kepercayaan kepada diri untuk boleh melakukan adalah penting namun, ia haruslah disertai dengan kemahiran boleh dan perlu dipelajari. Untuk memperolehi kebijaksanaan, ia harus melibatkan usaha yang banyak.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Sumber: hellodoktor

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..