Niat Puasa Ganti (Qadha)

Bacaan 2 minit

Niat puasa ganti selalu menjadi persoalan bagi mereka yang tertinggal puasa di bulan Ramadan.

Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.

Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati individu tersebut

Manakala bagi lafaz niat puasa ganti pula hendaklah ditukarkan lafaz أَدَاءِ (tunai) dengan lafaz قَضَاءِ (ganti). Oleh yang demikian, lafaz niat ialah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.

Niat Puasa Ganti (Qadha)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Niat Puasa Ganti (Qadha) – Jangkaan Waktu

Untuk pengetahuan semua, waktu yang diberi untuk ganti puasa Ramadan adalah dari bulan Syawal sehingga ke bulan Sya’ban sebelum Ramadhan yang berikutnya. Untuk ganti puasa pada hari yang dilarang adalah tidak sah.

Ada juga yang tidak sempat untuk menggantikan puasa ramadhan disebabkan bukan uzur ia wajib ganti dan wajib dan disertakan dengan membayar fidyah, ini ramai yang tidak ambil berat.

Niat Puasa Ganti Yang Sudah Lama Tertinggal

Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa pada zaman muda. sekarang baru terdetik untuk menggantikannya. 

Sekiranya kita tak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, Iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Manakala, Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, Tetapi bilangan puasa tetap sama.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Ibu Superb – Ikut 6 Cara | Ada 6 Punca Bayi Susah Tidur Malam | Ajar si kecil 7 Adab PENTING | “Bayi Hari Pertama” di Rumah

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..