Minyak telon baby pilihan utama ibu-ibu di Malaysia.

Minyak Telon Baby Terpilih

Minyak telon baby menjadi keperluan setiap ibu yang baru melahirkan anak mereka. Malah sudah pasti ketika mengandung ibu-ibu sudah mencari-cari jenama untuk memilih minyak telon mana yang terbaik untuk si kecil yang bakal dilahirkan nanti. 

Istimewa untuk ibu-ibu kami kongsikan maklumat tentang minyak telon untuk si kecil. Apakah kebaikan sebenar minyak telon yang berada di pasaran sekarang dan apakah jenama yang terbaik. 

Apakah keistimewaan minyak telon untuk si kecil?

Minyak telon baby mestilah berasaskan bahan-bahan semula jadi yang selamat untuk kulit si kecil. Paling penting, minyak ini mestilah tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh menyebabkan masalah kulit pada bayi. Minyak ini juga tidak boleh bersifat panas seperti minyak angin dan minyak urut dewasa kerana ianya merangsang kulit si kecil anda. 

Kenapa ibu-ibu akan menggunakan minyak telon kepada bayi setiap kali selepas mandi? untuk pengetahan anda, kebaikan minyak telon kepada si kecil ialah: 

Menghangatkan badan si kecil anda. 

Tubuh badan si kecil masih belum mampu untuk menghangatkan suhunya dengan sendiri atau menyesuaikan diri dengan keadaan suhu di sekelilingnya. Sebagai ibu bapa salah satu cara ikhtiar  untuk menghangatkan tubuh si kecil terutama pada waktu malam atau semasa hujan dimana cuaca menjadi sejuk. Jika si kecil anda dibiarkan kesejukan, dikuatiri si kecil akan demam, selsema, atau jatuh sakit. 

Mengelak si kecil dimasuki angin mengakibat kembung perut.

Sapu minyak telon baby pada perut, tapak kaki, dan belakang bagi membantu menghilangkan kembung perut. Si kecil masih belum pandai bercakap untuk memberitahu tentang kesakitan atau tidak selesa, si kecil hanya menangis. 

Menenangkan si kecil 

Berikan keselesaan yang maksimum pada si kecil, minyak telon baby juga boleh menenangkan si kecil. Wangian minyak telon baby menyebabkan si kecil berasa selesa. Malah urutan yang anda lakukan selepas menggunakan minyak telon akan membuatkan bayi anda berasa tenang. kombinasi aroma minyak telon dan urutan yang anda berikan pastinya akan menenangkan si kecil anda. 

Antara jenama Minyak Telon Baby untuk Si Kecil Anda

Bagi ibu bapa yang tercari-cari minyak telon terbaik dan dipercayai, berikut merupakan senarai terbaik untuk si manja anda!

1 Minyak Bebiku
Minyak Bebiku merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia.

Ianya bertujuan untuk melegakan kembung perut serta memanaskan badan si manja anda!

2 Minyak Syafia
Minyak Syafia merupakan minyak telon baby jenama baharu dalam pasaran keluaran 100% produk bumiputera. Ia diperkaya dengan herba-herba terpilih dan selamat diguna untuk si kecil dan juga orang dewasa. Aroma yang sangat wangi menyebabkan si kecil tenang dan mudah untuk tidur. 

3 Minyak Bayini Mestika 
Minyak Bayini Mestika dirumus menggunakan daun pandan, serai dan herba-herba terpilih. Dirumus khas untuk melegakan kembung perut dan masalah pernafasan serta menghangatkan tubuh si kecil anda. 

4 Minyak Sariayu
Minyak telon diperkaya dengan Citronella bagi membantu menghindari daripada gigitan serangga dan nyamuk pada setiap penggunaan. 

5 Stommy oil
Keluaran Tasneem Naturel mengeluarkan minyak telon baby semula jadi khas untuk ibu dan anak bagi membantu keselesaan perut si manja. ia bukan sahaja dapat membantu mengelakkan si kecil daripada sembelit & kembung malah ianya baik untuk meredakan cirit-birit dan juga menghangatkan tubuh si kecil serta melembutkan kulit bayi. 

6 Najeehah minyak aromaterapi
Najah Najeehah Minyak Safron Telon Najihah dan Minyak Bidara Najah 10ml Aromaterapi. 100% diperbuat dari herba2 terpilih, tiada bahan kimia berbahaya,dijamin bersih dan selamat digunakan. Gabungan bahan-bahan terbaik seperti Ekstrak Bidara, Ekstrak Habbatussauda, Minyak Kelapa Dara, Minyak Kayu Putih, Aromaterapi dan Pudina.

Sebenarnya banyak lagi jenama minyak telon yang baik untuk anda gunakan sebagai ikhiar untuk si kecil. Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu 5 punya si kecil kembung perut | Ini punca si kecil anda kembung perut | Kenapa minyak telon untuk bayi

*Ini hanya pandagan dan pengalaman peribadi kami sendiri sebagai penulis. 

#babybeautynatural

https://babybeauty.com.my/5-punca-si-kecil-kembung-perut/

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE