Gatal Kulit Kepala Bayi

Bukan orang dewasa sahaja yang mengalami gatal kulit kepala, si manja anda juga boleh mengalaminya.

Namun, usah bimbang kerana ia bukanlah satu penyakit merbahaya dan anda mampu mengubatinya. Dalam usia bayi yang masih muda, penjagaan rambut dan kebersihan kulit kepala perlu diberikan keutamaan.

Sesetengah bayi yang dilahirkan mempunyai masalah gatal kulit kepala dan mungkin juga ada kerak di kulit kepala. Kerak di kulit kepala bayi biasanya berbentuk seperti bersisik-sisik tebal, berminyak, dan berwarna kuning di dahi dan bahagian atas kepala bayi. Kerak kepala atau ‘cradle cap’ ini akan terkupas sendiri dan menjadi kepingan nipis seperti kelemumur, jika ia sudah kering.

Gatal kulit kepala dan kerak di kulit kepala kerap berlaku pada beberapa bulan di awal usia bayi. Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya kira-kira ketika bayi sudah berusia 12 bulan, namun ada sesetengah bayi yang mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Apakah punca kulit kepala bayi gatal dan berkerak?

Ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif. Kelenjar lemak keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut.

Kelenjar lemak yang sangat aktif dapat mengeluarkan lemak dan menimbulkan lapisan yang menjadi kerak di kepala bayi. Masalah ini tidak mengganggu pertumbuhan rambut bayi. Kerak di kulit kepala bayi tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan gatal kulit kepala pada bayi. Kenali jenis-jenis hormon semasa kehamilan.

Bahan- bahan yang diperlukan untuk merawat kerak di kulit kepala bayi:

  • Minyak kelapa atau baby itchy head Baby Beauty
  • Produk mandian bayi
  • Air suam
  • Sikat rambut yang bergigi halus
  • Baby oil atau hair lotion

1. Minyak kelapa

Jika bayi anda mengalami kerak di bahagian kulit kepala, sapukan minyak kelapa atau baby itchy head Baby Beauty di bahagian yang ada kerak. Biarkan semalaman agar kerak pada kulit kepala bayi menjadi lembut. Cuci rambut bayi pada keesokkan harinya dengan air suam sehingga bersih. Usapkan air suam perlahan-lahan sambil membersihkan kerak di kulit kepala sudah terkupas.

2. Gunakan produk mandian bayi

Gunakan syampu dan sabun mandian khusus untuk bayi kerana kulit bayi masih sensitif dengan bahan kimia yang digunakan di dalam produk rambut orang dewasa. Syampu bayi akan membantu membersihkan kulit kepala bayi yang mempunyai kerak tadi. Anda juga boleh menggunakan syampu daripada Baby Beauty yang bebas sebarang bahan kimia.

3. Air suam

Gunakan air suam untuk memandikan bayi anda. Hal ini akan membantu untuk melembutkan dan membersihkan kerak yang terdapat pada kulit kepala bayi.

4. Sikat rambut yang bergigi halus

Gunakan sikat rambut bayi yang bergigi halus. Sikat secara berhati-hati dan perlahan-lahan agar kulit kepala bayi tidak sakit sambil menanggalkan kerak yang masih ada di kulit kepala.

5. Baby oil atau hair lotion

Baby oil juga boleh digunakan untuk membersihkan kerak yang ada di kulit kepala bayi. Letakkan baby oil pada tuala kecil kemudian usapkan perlahan-lahan pada bahagian kepala bayi anda.

Hati-hati infeksi!

  • Ketika anda mencuci kerak di kulit kepala bayi anda, seharusnya anda berhati-hatilah kerana bimbang jika akan terjadi infeksi pada kulit kepala bayi.
  • Jangan tanggalkan kerak di kulit kepala bayi dengan menggunakan kuku kerana kulit kepala bayi boleh terluka dan menimbulkan risiko infeksi.
  • Jika anda menjumpai tanda-tanda infeksi, seperti timbul ruam-ruam merah, bawalah bayi anda berjumpa doktor. Anda mungkin akan disarankan untuk menggunting rambut bayi dan meletakkan antiseptik.

 

Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu Petua lebatkan rambut | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit bayi kering | 3 cara ini untuk kembalikan kulit yang cantik

#babybeautynatural

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE