Selsema – Cara Keluarkan Kahak Bayi

Bacaan 2 minit

Selsema, batuk dan kahak pasti berlaku pada setiap bayi. Simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi sama ada pada musim sejuk atau panas. Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus dan ini boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.

Pasti ibu bapa akan berasa risau kerana bayi masih belum pandai untuk mengeluarkan hingus sendiri. Jadi, sebab  itulah ada ibu bapa yang sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Selsema – Cara keluarkan Hingus:

  • Mandikan bayi dengan air suam untuk memberi keselesaan pada bayi anda.
  • Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.
  • Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut.
  • Sedut menggunakan tiub penyedut hingus. Boleh di dapati di farmasi.
  • Wapkan bayi. Caranya, masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
  • Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-perlahan sambil menepuk seluruh kawasan badan bayi anda.

Selsema – Pencegahan:

  • Hidung bayi sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi.
  • Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi  anda dengan baju yang lebih tebal.
  • Bayi memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi daripada bau asap rokok dan asap lain.
  • Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Cara Merawat Bayi Kembung Perut | Ini Punca Bayi Anda Kembung Perut | Minyak Telon Syafia menenangkan si kecil anda | “Bayi Hari Pertama” di Rumah

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..