Tak perlu nak letak bedak

Bacaan < 1 minit

Sudah menjadi kebiasaan, memandikan anak dipakaikan bedak. Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya, tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada. Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya?

Petikan dari Verywell Health menyatakan bedak khas untuk bayi diperbuat daripada bedak mineral mahupun tepung jagung. Tiada bukti perubatan yang menunjukkan keberkesanan memakaikan bedak untuk merawat masalah kulit kering dan ruam.

Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan bedak boleh menyebabkan gangguan pernafasan kerana partikel debu halus yang masuk ke paru-paru mereka. Ada juga beberapa hasil kajian lain yang mengaitkan penggunaan bedak dengan serangan kanser tertentu.

 

Sebenarnya Anak Tidak Perlu Dipakaikan Dengan Bedak. Pemakaian Bedak Berisiko Menyebabkan Anak Tersedut Partikel Kecil Dalam Bedak Ke Saluran Nafas. Ini Boleh Mengakibatkan Gangguan Pernafasan Dan Sedihnya, Boleh Menyumbang Kepada Kematian. Sesetengah Ibu Bapa Menggunakan Bedak Untuk Merawat Masalah Kekeringan Kulit Atau Ruam.

 

Cukup sekadar mengenakan pakaian nipis kepada anak dan elakkan mereka daripada mengalami peluh secara keterlaluan. Lebih aik lagi, selalulah gantikan pakaian anak. Tapi, kalau nak juga dipakaikan bedak pada anak-anak, ini caranya yang boleh anda buat:

1. Elakkan daripada meletakkan bedak pada muka dan alat sulit
2. Jangan letak dalam lampin
3. Tuangkan bedak pada tangan dulu sebelum diletakkan pada badan
4. Jauhkan bedak dari anak, elakkan mereka dari bermain dengan bedak

 

 

Sumber: Pa&Ma

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..