Tanda anak dijangkiti (HFMD) Apakah rawatanya

Bacaan 2 minit

“Ibu bapa perlu jaga kebersihan anak mereka seperti sentiasa basuh tangan anak mereka, kebersihan pakaian, tidak bermain di tempat kotor dan sebagainya.

Penyakit berjangkit yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Bagaimana Cara penyebaran penyakit ini:
• Melalui sentuhan
• Melalui titisan pernafasan ketika batuk dan bersin
• Menyentuh permukaan yang mempunyai virus
• Menyentuh cecair pada ruam

Tanda-tanda anak dijangkiti:
• Naik ruam atau bintik merah pada tapak tangan, tapak kaki & dalam mulut. Juga boleh ada di siku dan punggung anak.
• Sangat kurang selera makan
• Sakit tekak
• Demam
• Kerap merengek dan tak selesa

“Orang ramai kena ingat bahawa HFMD merupakan penyakit endemik, iaitu ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,”

Rawatan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut

HFMD adalah penyakit ringan yang boleh sembuh dalam tempoh seminggu dan tiada rawatan khusus untuknya. Paracetamol (bukan aspirin) boleh digunakan untuk demam selain banyakkan minum air tetapi elakkan minuman berasid seperti jus oren dan boleh menyebabkan sakit terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami ulser dalam mulut.

“Biarkan lepuh kering secara semula jadi dan jangan cuba pecahkannya kerana cecair di dalamnya boleh berjangkit.

“Jika kanak-kanak yang menghidap HFMD mengadu sakit kepala yang teruk, demam berterusan, selain sebarang gejala yang membimbangkan dapatkan nasihat doktor anda dengan segera,” jelasnya.

Apa perlu dilakukan sekiranya anak anda menunjukkan simptom HFMD?

Apabila anak anda menunjukkan simptom HFMD, perkara paling penting yang boleh anda lakukan adalah jangan panik. Ini kerana penyakit itu bersifat ‘self-limiting’ yang bermaksud ia boleh sembuh dengan sendirinya, sejajar dengan waktu.

Namun ada beberapa perkara yang boleh ibu bapa lakukan bagi memastikan anak berada dalam keadaan selesa sepanjang proses pemulihannya. Ini termasuklah;

1. Berikan ubat seperti paracetamul atau ibuprofen (brufen)

2. Sediakan semburan mulut untuk membasmi kuman dan ulser

3. Beli hidangan sejuk dan lembut seperti yogurt, jeli atau smoothie untuk melegakan sakit tekak, elakkan jus dan air soda yang tinggi kandungan asid dan boleh merengsakan tekak

Sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit HFMD

Faktor kebersihan sangat membantu mengekang penularan HFMD kepada orang lain.

1. Pastikan membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menyentuh pesakit HFMD

2. Basuh pakaian atau mainan yang mungkin tercemar dengan virus itu dengan bersih

3. Bersin dengan menutup mulut menggunakan siku

4. Gunakan peralatan makanan dan minuman berasingan

5. Elakkan berkongsi barangan kebersihan diri seperti tuala, sabun dan berus gigi dan pakaian (terutamanya kasut dan stokin)

6. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD perlu dikecualikan daripada menghadiri sekolah atau pusat jagaan kanak-knak sehingga pulih. Pastikan keadaan anak dimaklumkan kepada pihak sekolah atau pusat jagaan.

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..