Tip Keselamatan Musim Banjir

Bacaan 2 minit

Tiap-tiap tahun pasti ada situasi banjir. Sebagai langkah bersedia, kita boleh ambil banyak langkah awal untuk tambah baik persediaan banjir setiap tahun. Nak pindah, ada yang tak mampu. Lagipun, mungkin dah tanah itu je yang ada.. Moh kita bersedia lebih awal menghadapi musim tengkujuh. Berikut adalah tip keselamatan musim banjir

Trend hujan dan kebarangkalian banjir akan berlaku sukar diramal secara tepat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan menuntut semua penduduk sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir. Kesan banjir menjadi lebih ketara apabila masyarakat yang terjejas kurang bersedia dan kurang berdaya tahan menghadapinya sehingga ramai penduduk kehilangan nyawa dan harta. Antara langkap  yang perlu diutamakan ketika musim banjir ialah keselamatan makanan ketika banjir.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • -Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • -Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan   agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • -Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • -Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • -Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • -Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEMASA BANJIR

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

SELEPAS BANJIR

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak  berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • -Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • -Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • -Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

Dapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang DISINI atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.

Kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca. Pastikan anak-anak kekal selamat.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituPetua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..