Baby Face Shield Mencegah Covid-19

Bacaan 2 minit

Baby face shield comel sangat bila bayi baru lahir pakai. Netizen Tak Keruan. Naluri keibuan sudah semestinya ingin melindungi anak daripada sebarang ancaman. Namun virus ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Sebab itulah kita disarankan menjaga kebersihan diri dan jaga jarak sosial tak kira di manapun kita berada. Duduk di rumah sahaja merupakan langkah terbaik dan lebih selamat.

Dalam situasi sekarang ini PKP 2.0 tambah pula Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Penjelasan mengenai pemakaian baby face shield sebagai pengganti pelitup muka bagi kanak-kanak bawah 2 tahun boleh dijadikan garis panduan bersama ibu bapa.  Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak bawah umur 2 tahun.

Topeng muka kain tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.

Sebab apa pelitup muka bahaya berbanding baby face shield untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

1. Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih sukar untuk bayi bernafas.
2. Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tak memberi apa-apa manfaat perlindungan pada mereka.
3. Bayi yang mengalami sesak nafas ketika memakai topeng muka, tidak dapat membuka topeng muka dengan sendiri, dan mungkin juga tidak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling mereka.
4. Kebanyakan kanak-kanak kecil akan tarik topeng muka yang dipakai pada mereka. Tanpa baby face shield, maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri menyebabkan risiko jangkitan tinggi.
5. Gunakan baby face shield. Tidak ada topeng muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.

Bagaimana saya boleh lindung anak saya di tempat awam?

  1. Tidak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang penting.
  2. Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis atau cara lain pakaikan Baby Face Shield. Bukan tutup muka bayi dengen selimut atau kain.
  3. Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
  4. Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau menggunakan sanitizer dengan alkohol tidak kurang dari 60%.
  5. Kalau mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan dibuat secepat mungkin dengan memakai baby face shield dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
  6. Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
  7. Ajarkan anak-anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: 5 petua ini membantu merawat bayi anda demam | Bahaya bayi 6 Bulan Ke Bawah Minum Air Putih | Cara Mencegah Influenza

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..