Bayi 40 Hari Dihempas di Lantai!

Bacaan 2 minit
Tular berita mengenai insiden tragis di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengalami kecederaan serius di mulut serta patah kaki kiri setelah dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang. Keadaan lebih tragis lagi apabila adik perempuan bayi berusia 40 hari juga mengalami pendarahan di bahagian kepala akibat dipercayai dihempas ke lantai di kediaman tersebut. Lebih menyedihkan, kejadian tersebut dilakukan oleh bapa saudara kedua-dua mangsa tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, suspek berusia 28 tahun dikatakan melempar anak saudaranya berusia tiga tahun dari tingkat satu pangsapuri terbabit, manakala bayi berusia 40 hari dihempas ke lantai di kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang tidak bekerja dan memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Daerah Timur Laut.

Berdasarkan laporan yang diterima dari Harian Metro, insiden berlaku pada pukul 3.40 petang, dan dilaporkan bahawa suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa tersebut. Menurut keterangan ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, dia telah mendengar jeritan ibunya meminta pertolongan sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

Suspek dilaporkan mendapat bantuan dari jiran untuk menenangkan dirinya. Ahli keluarga yang lain telah mengambil inisiatif menyelamatkan kedua-dua anak beradik sebelum membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Suspek mempunyai masalah kesihatan. Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu.

Ketika kejadian berlaku, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang. Suspek Mempunyai Masalah Kesihatan “Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian ini dan menyatakan bahawa kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh.

Kredit: Hmetro

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..