Cara memilih lampin bayi yang sesuai

Bacaan 2 minit

Ketidakselesaan pada kulit bayi akibat pemakaian lampin pakai buang yang tidak berkualiti boleh sebabkan tidak selesa dan menangis.

Mak Ayah wajib tahu dan pilihan diapers terbaik untuk perlindungan berpanjangan, barulah tak mudah bocor dan kotorkan baju serta tilam. Jika dahulu ibu sangat bergantung kepada kain lampin yang perlu dibasuh setiap hari untuk menampung kencing dan berak anak, namun sekarang dengan perubahan kemajuan, Bermacam-macam jenama lampin pakai buang yang dapat memudahkan ibu menguruskan si kecil sekarang!

Menurut pakar perubatan daripada Hospital Kanak-kanak, bayi baru lahir sehingga mereka berumur tiga tahun boleh mengalami masalah ruang lampin. Jadi ibu-ibu, selagi si kecil anda memakai lampin, kemungkinan akan sentiasa mengalami masalah ruam lampin.

Apakah ciri-ciri pilihan lampin yang baik untuk si comel

1. Jenis-jenis lampin
Ada 2 jenis lampin pakai buang, iaitu lampin jenis berpelekat dengan jenis seluar. Bayi baru lahir, lebih sesuai untuk dipakaikan lampin berpelekat kerana si comel lebih kerap menukar lampin manakala jenis seluar pula lebih sesuai untuk anak yang lebih berusia dan mula lasak dengan pergerakan.
2. Tidak sesuai untuk kulit si kecil
Sesetengah produk, tidak semua bayi sesuai untuk pakai jenama lampin pakai buang yang sama. Ada si manja yang akan memberi tindak balas yang berbeza ketika memakai lampin tertentu, contohnya mudah bocor atau timbul ruam pada kulit si kecil.
3. Pilih size lampin yang sesuai
Saiz dan berat yang bayi berbeza-beza. Dan setiap jenama lampin pakai buang juga mempunyai perbezaan saiz berbeza. Contohnya si manja mungkin memakai saiz S semasa memakai jenama A, tetapi perlu memakai saiz M untuk jenama B! 

Apakah perkara penting dalam pemilihan jenama lampin. 

Lampin harus dapat menyerap kencing dan najis banyak tanpa sebarang kebocoran atau menjadi kendur. Lampin yang bocor dan basah boleh menyebabkan kulit bayi meniadi rengsa dan akhirnya muncul ruam lampin.

Ciri penting yang anda harus perhatikan juga pada lampin adalah daya tarik (stretchable). Getah lampin perlu cukup lentur agar anda dapat memakaikan bayi lampin dengan selesa tanpa meninggalkan lipatan dan kesan merah pada kulit si comel.

Oleh kerana kulit bayi halus dan sensitif, material lampin sangat penting. Pastikan lampin dibuat daripada bahan lembut dan berkualiti yang membantu aliran udara agar bahagian bawah bayi anda lebih selesa.

Berikut 5 senarai pampers anak berkualiti tinggi yang kami kongsikan ini.

1) Huggies Ultra Natural Soft Diapers
2) MamyPoko Pants Air Fit Boy
3) Drypers Wee Wee Dry NB64
4) PETPET Comfort Pants Jumbo Pack
5) Mikubi Diapers – New Born

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Cara merawat bayi kembung perut | Bekas plastik – Guna dengan selamat | Mitos punca gemuk

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..