Kebaikan Vitamin C Kepada Kesihatan Manusia

Bacaan 3 minit

Apakah kebaikan vitamin c pada tubuh manusia? Nama saintifiknya ialah asid askorbik atau orang panggil vitamin C, adalah sejenis vitamin larut air.

Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan kita – jika berlebihan ia akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan mampu menghasilkan vitamin C sendiri tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. Ianya dikatakan memainkan peranan dalam mengawal jangkitan dan membantu penyembuhan luka. Betul ke?

Apakah Sifat Vitamin C

Sebenarnya Vitamin C sangat tidak stabil. Kerana ia mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Apakah Kesan jika kekurangan Vitamin C

Kekurangan berterusan vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau gejala seperti berikut:
1) Gusi berdarah dan tidak kuat.
2) Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
3) Tisu jantung rosak.
4) Penambahan kadar metabolisma berlaku.
5) Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.

Apakah Kebaikan Vitamin C

Vitamin C penting untuk fungsi-fungsi utama berikut:
1) Berfungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.

2) Sebagai anti-oksidan ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.

3) Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV. Antara cabaran paling besar bagi masalah kulit ialah terdedah terlalu lama kepada sinaran UV. Sinaran UV boleh merosakkan kulit melalui penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS). ROS ini akan merosakkan struktur dan fungsi sel-sel kulit. Selain itu, terdedah terlalu lama kepada sinaran UV boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang.

4) Mempercepat Penyembuhan Luka. Kebaikan vitamin C yang seterusnya ialah berupaya mempercepatkan penyembuhan luka. Penyembuhan luka merupakan satu proses yang kompleks. la melibatkan 3 proses utama iaitu keradangan, pembentukan tisu baru dan pemodelan semula. Kajian mendapati pengambilan vitamin C dalam bentuk makanan tambahan (suplemen) atau krim sapuan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

5) Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran cecair hempedu berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosklerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.

6) Pengurangan stres. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon kortikosteroid, adrenaline dan noradrenaline. Stres akan menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.

Bahaya Jika Anda Terlebih Vitamin C

Pada masa sekarang sudah ramai yang mengambil suplemen vitamin C, ada yang mengambil vitamin C ini dalam bentuk suntikan.

Secara asasnya, vitamin C boleh didapati dalam pemakanan harian yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, keperluan vitamin C yang disarankan kepada lelaki dan wanita iaitu:

Dewasa di negara ini ialah sebanyak 70 mg sehari dengan had maksimum 2 000 mg sehari.

Jika vitamin C diambil secara berlebihan boleh anda boleh menyebabkan masalah lain seperti:
1) Cirit birit
2) Laya
3) Kejang di bahagian perut
4) Batu Karang
5) Insomnia

Cara terbaik untuk dapatkan vitamin C anda boleh makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran) ia adalah sumber vitamin C yang terbaik. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituPetua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..