Punca Kulit Bayi Kering

Kehalusan dan kelembutan kulit bayi membuatnya lebih sensitif terhadap perubahan suhu, kekeringan dan infeksi. Bahkan, kulit bayi juga lebih mudah terbakar sinaran matahari berbanding kulit orang dewasa.Tambahan pula, kelenjar peluhnya belum berfungsi sepenuhnya, belum cukup menghasilkan ‘minyak’.
Akibatnya, kulit bayi cenderung mudah kering serta cukup sensitif terhadap suhu panas dan sejuk.Kulit bayi yang baru lahir biasanya kelihatan kering, kasar dan menggelupas.

 

Berikut adalah tips merawat kulit kering pada bayi baru lahir:

1. Gunakan hanya produk bayi yang lembut dan sesuai pada kulit bayi.Produk untuk orang dewasa seperti pelembab, syampu dan sabun mandi biasanya mengandung zat pewarna, bahan kimia dan pewangi yang terlalu banyak sehingga bersifat keras dan boleh menjejaskan kesihatan kulit bayi.Pilihlah produk pelembab atau syampu yang dibuat khusus untuk bayi tanpa pewangi atau tanpa zat pewarna.

 

2. Bataskan paparan cuaca yang membuat bayi anda berasa tidak selesa.Panas, sinar matahari, angin dan cuaca sejuk akan merosakkan kelembaban kulit bayi.Pakaikan sarung tangan dan topi pada bayi sebelum keluar dari rumah atau ketika suhu sejuk serta dengan duduk di tempat yang teduh ketika cuaca panas. Semua ini akan melindungi kulit bayi daripada menjadi kering.

 

3. Mandikan bayi selama 10 minit atau kurang dengan air suam. Penggunaan air suam dan sabun mandi akan menghilangkan kelembaban kulit bayi, terutama ketika musim sejuk. Mandikan dan sabunkan bayi dengan lembut dan cepat menggunakan ‘wash lap’ dan syampu bayi untuk melindungi kulitnya.Untuk bayi yang kulitnya sangat kering, sebaiknya mandi hanya tiga kali dalam satu minggu untuk sementara waktu.

 

4. Lembabkan kulit bayi dua kali sehari dengan pelembab kulit khas untuk bayi.Pelembab yang kental akan membuat kulit bayi sedikit berminyak, namun memiliki efek melembabkan lebih lama.

 

Sumber: wom.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Article

Kajian menunjukkan Baby Sleeper Berisiko Sebabkan Kematian Bayi.

Next Article

3 Mitos Tentang Virus Korona

Related Posts
Read More

Syampu Kanak-Kanak Terbaik

Syampu tanpa parabens dan sulfat menjadi semakin popular kini. Mengabaikan komposisi kandungan syampu amatlah tidak digalakkan dan anda harus ambil cakna tentang kebaikan syampu terutamanya untuk kanak-kanak kecil. Terdapat pelbagai jenis syampu kini boleh didapati dipasaran. Pergi sahaja mana-mana kedai atau pasaraya memang rambang mata dan juling jika anda nak membuat pilihan syampu.
Total
0
Share
error: