Kajian menunjukkan Baby Sleeper Berisiko Sebabkan Kematian Bayi.

Baby sleeper dan risiko kematian bayi

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) teleh mengeluarkan amaran agar ibu bapa tidak menggunakan baby sleeper untuk tujuan menidurkan baby anda di rumah. Amaran ini susulan kajian dan penarikan balik produk yang telah menunjukkan bahawa 73 kematian baby yang berlaku telah dikaitkan dengan baby sleeper.

Pakar pediatrik menyatakan bahawa bayi sepatutnya tidur di atas permukaan yang rata. Kajian dan siasatan telah menunjukkan bahawa sejumlah bayi yang meninggal dunia semasa tidur adalah disebabkan baby sleeper atau bassinet yang membuatkan mereka tidur bukan di atas permukaan yang rata. Kajian mencadangkan bahawa keadaan baby sleeper yang mempunyai kecondongan dalam sudut tertentu memberikan risiko untuk baby maut apabila baby tersebut bergolek dan seterusnya tidak mampu bernafas.

Penarikan kembali produk baby sleeper

Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar baby sleeper seperti Fisher-Price telah menarik balik kesemua poduk baby sleeper mereka pada bulan April yang lalu. Begitu juga dengan produk daripada Eddie Bauer dan Disney yang turut memanggil kembali produk mereka daripada pasaran pada bulan Ogos 2019.

Sebelum ini, syarikat Fisher-Price telah berjaya menjual sebanyak 4.7 juta baby sleeper sejak tahun 2009. Baby sleeper yang dihasilkan daripada syarikat mereka merupakan idea daripada seorang jurutera syarikat yang menjadikan Fisher-Price merupakan satu-satunya syarikat yang menjual produk tersebut pada ketika itu. Jurutera mereka percaya bahawa, kenaikan sudut tertentu yang direka pada baby sleeper tersebut boleh membantu bayi untuk tidur dengan lebih mudah. Ia merupakan satu produk yang sangat hit pada ketika itu, namun kini ia sangat membahayakan keselamatan baby.

 

Bagaimana pula dengan car seat? Adakah bayi selamat untuk tidur dalam baby car seat?

Menurut Dr. Emily A. Thomas, seorang jurutera keselamatan automotif di CR’s Auto Test Center, anda boleh membiarkan bayi untuk tidur dalam car seat bagi tempoh yang pendek selagi mana ia digunakan dengan cara yang betul. Antara perkara yang mungkin anda perlu tahu mengenai hal ini ialah:

Pertama, sudut bagi baby car seat yang menghadap hadapan kereta telah diuji secara meluas dan ia amat penting bagi melindungi kepala dan tulang belakang bayi jika berlakunya sebarang perlanggaran.

Kedua, baby car seat sama ada jenis kekal atau boleh ditukar menjadi stroller, digunakan di bawah pengawasan anda sepenuh masa. Ia tidak digunakan untuk menidurkan bayi anda pada waktu malam tanpa sebarang pengawasan.

Ketiga, baby car seat telah direka dengan melibatkan sistem manfaat lima bintang. Ia adalah satu sistem yang mengekalkan posisi yang selamat dan betul untuk bayi anda. Bayi tidak perlu mendongak atau mengangkat kepala mereka untuk terus bernafas selain mengelakkan kepala mereka daripada terlangkup. Baby car seat bukan sahaja direka untuk melindungi bayi dalam sebarang perlanggaran atau kemalangan, malah ia juga dapat memastikan keselamatan bayi anda jika mereka tertidur dalam car seat tersebut, tergelongsor ke bawah dan juga jika aliran udara terhalang atau rendah.

Menurut Ben Hoffman, pengerusi jawatankuasa eksekutif American Academy of Pediatrics Council on Injury, Violence, and Poison Prevention, kesemua data juga menunjukkan hasil yang sama. Menurut beliau, kesemua data yang mereka perolehi berkenaan car seat ini menunjukkan bahawa car seat tidak merisikokan keselamatan bayi jika bayi tertidur di dalamnya dalam tempoh yang pendek dan digunakan mengikut langkah yang diarahkan.

 

Saranan CPSC

CPSC telah menyarankan agar ibu bapa atau penjaga untuk berhenti daripada menggunakan baby sleeper yang akan menyebabkan bayi berbaring pada sudut lebih daripada 10 darjah. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS). Tambahan lagi, semasa produk baby sleeper ini direka buat pertama kali, ia tidak mendapat penilaian daripada pakar pediatrik dan rekaannya bertentangan dengan cadangan daripada American Academy of Pediatrics berkenaan tidur yang selamat. Selain itu, semasa pengujian produk yang dilakukan pada tahun 2009, Fisher-Price hanya bekerjasama dengan doktor keluarga, dan bukannya dengan pakar pediatrik untuk menentukan keselamatan produk yang mereka hasilkan.

Kesimpulannya, bagi menidurkan baby anda selepas ini, baringkan mereka hanya pada permukaan yang rata kerana itulah kaedah yang amat disarankan. Ini untuk mengelakkan bayi daripada sukar bernafas apabila mereka bergolek atau telungkup. Jika anda baringkan bayi anda di dalam baby sleeper yang mempunyai kecondongan darjah yang lebih tinggi, bayi anda akan mengalami kesukaran untuk mengangkat kepala mereka jika telungkup. Trend terkini belum tentu boleh menyelamatkan nyawa baby anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE