Petua Untuk Kulit Bayi Kering

 

Kulit Bayi Kering. Cuba tengok kulit bayi anda, adakah bayi anda termasuk dalam kategori kulit bayi kering?

Kehalusan dan kelembutan kulit bayi membuatnya lebih sensitif terhadap perubahan suhu, kekeringan dan infeksi. Bahkan, kulit bayi juga lebih mudah terbakar sinaran matahari berbanding kulit orang dewasa.Tambahan pula, kelenjar peluhnya belum berfungsi sepenuhnya, belum cukup menghasilkan ‘minyak’.

Akibatnya, kulit bayi cenderung mudah kering serta cukup sensitif terhadap suhu panas dan sejuk.Kulit bayi yang baru lahir biasanya kelihatan kering, kasar dan menggelupas.

 

4 tips untuk merawat kulit kering pada bayi baru lahir:

1. Gunakan hanya produk bayi yang lembut dan sesuai pada kulit bayi. Produk untuk orang dewasa seperti pelembab, syampu dan sabun mandi biasanya mengandung zat pewarna, bahan kimia dan pewangi yang terlalu banyak sehingga bersifat keras dan boleh menjejaskan kesihatan kulit bayi. Pilihlah produk pelembab atau syampu yang dibuat khusus untuk bayi tanpa pewangi atau tanpa zat pewarna dan bahan-bahan organik.

 

2. Kurangkan pendedahan cuaca yang membuat bayi anda berasa tidak selesa. Panas, sinar matahari, angin dan cuaca sejuk akan merosakkan kelembaban kulit bayi. Pakaikan sarung tangan dan topi pada bayi sebelum keluar dari rumah atau ketika suhu sejuk serta dengan duduk di tempat yang teduh ketika cuaca panas. Semua ini akan melindungi kulit bayi daripada menjadi kering.

 

3. Mandikan bayi selama 10 minit atau kurang dengan air suam. Penggunaan air suam dan sabun mandi akan menghilangkan kelembaban kulit bayi, terutama ketika musim sejuk. Mandikan dan sabunkan bayi dengan lembut dan cepat menggunakan ‘wash lap’ dan syampu bayi untuk melindungi kulitnya untuk bayi yang kulitnya sangat kering, sebaiknya mandi hanya tiga kali dalam satu minggu untuk sementara waktu.

 

4. Lembabkan kulit bayi dua kali sehari dengan pelembab kulit khas untuk bayi. Pelembab yang kental akan membuat kulit bayi sedikit berminyak, namun akan melembabkan kulit lebih lama.

 

 

Untuk kesihatan dan merawat kulit bayi kering, anda juga disarankan supaya melakukan urutan lembut pada bayi. Anda boleh mengurutnya menggunakan minyak zaitun, minyak esensial atau minyak Syafia Pastikan minyak tersebut tidak membahayakan bayi dan dapat mengundang penyakit asma.

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE