Petua Rambut Lebat Untuk Anak

Bacaan 2 minit

Petua rambut lebat. Rambut yang cantik, sihat dan lebat tentu sahaja menjadi impian. Baik untuk diri anda sendiri mahupun untuk anak-anak. Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, berusia lima bulan ke atas dan rambutnya masih belum tumbuh dengan lebat, baca artikel ini. Berikut beberapa petua semulajadi untuk melebatkan rambut anak anda.Setiap bulan, rambut bayi akan tumbuh seperempat inchi. Biasanya rambut bayi akan mengalami kerosakan selama dua hingga tiga bulan. Rambut bayi cukup berbeza dengan rambut orang dewasa. Ini adalah kerana rambut bayi masih lemah dan sangat memerlukan nutrisi,zat dan juga vitamin yang cukup agar pertumbuhan rambut bayi tersebut menjadi lebih cepat.

Ketika anak anda masih bayi, anda tidak boleh menggunakan sembarang produk, rambut. Sebaliknya disarankan untuk menggunakan produk perangsang pertumbuhan rambut yang berbahan semula jadi seperti di bawah untuk kebaikan kulit kepala bayi yang sangat sensitif.

Petua Rambut Lebat Anak Yang Boleh Anda Cuba:
1. Khasiat Buah Keras

Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah-rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat buat rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semulajadi.Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.

2. Guna Madu

Madu secara semulajadi juga mampu untuk melebatkan rambut. Bahkan menjadikan rambut semakin kuat dan tidak mudah rosak. Caranya cukup mudah, sebelum memandikan bayi anda, sapukan madu ke kulit kepala hingga ke hujung rambutnya sambil mengusap lembut kepalanya. Biarkan seketika, setelah itu barulah dimandikan.

3. Manfaat Lidah Buaya

Lidah Buaya bukan setakat melebatkan dan menghitamkan, tetapi dapat juga melembutkan rambut bayi anda. Tekniknya sama sahaja seperti anda menggunakan madu.

4. Rahsia Daun Seledri

Daun seledri juga berkhasiat untuk melebatkan rambut terutama rambut bayi. Ambil segenggam daun seledri, kemudian kisar sampai lumat. Kemudia ramas dan ambil sari airnya sahaja. Buang hampasnya, dan ambil air tersebut dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan beberapa saat agar meresap. Setelah kering cucilah sehingga bersih. Lakukan secara rutin sehingga berhasil. Rambut nipis, halus atau sukar untuk tumbuh akan terangsang tumbuh, lebat dan tebal.

 

Pertumbuhan rambut bayi yang sangat lambat boleh terjadi kerana banyak faktor. Antaranya:
  • Kurang Zat

Pengambilan zat yang cukup jelas akan mempengaruhi tekstur rambut. Mereka yang tidak cukup pengambilan zat yang diperlukan rambutnya akan lebih nipis, kering, mudah patah, rosak serta cenderung berwarna kemerah-merahan atau berwarna seperti rambut jagung.

  • Kehadiran Hormon

Salah satunya hormon androgen yang terdapat dalam tubuh anda sepanjang tempoh kehamilan. Jadi, sebab itulah mengapa rambut bayi yang baru lahir biasanya sangat lebat. Namun, disebabkan kerana bayi masih belum boleh mengeluarkan hormon androgennya sendiri, lama-kelamaan efek androgen yang dihasilkan dari ibunya itu akan hilang. Rambut si bayi akan rosak dan akan bertukar ganti dengan rambut aslinya yang mungkin lebih nipis.

  • Persekitaran

Disebabkan terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran udara rambut akan menjadi kusut, kusam mudah rosak atau patah.

Semoga manfaat

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituPetua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

Sumber: wom.my

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..