Cerita Dalam Mendidik Anak

Cerita boleh menarik perhatian anak. Anak adalah anugerah dan amanah dari tuhan kepada ibu bapa. Mereka ibarat kain putih bersih dan suci. Keindahan kain itu bergantung kepada ibu bapa sendiri untuk mencorakkanya.

Adalah menjadi satu tanggungjawab kita sebagai khalifah di dunia ini untuk mendidik budi pekerti kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu ada ilmu keibubapaan untuk mendidik anak-anak.

5 cara mendidik anak dengan betul:

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sekali menampar anak pakai tangan. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal tak boleh contol.
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  4. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka bebanan.
  5. Dengarlah cerita anak anda, karana ia tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

6 tanda amaran anda mendidik dengan salah:

  1. Menjerit dan menggunakan kata-kata yang kasar mungkin kerana sering melihat perbuatan ibu bapa
  2. Tidak bersemangat dan selalu murung akibat ibu bapa terlalu memaksa untuk seiring dengan anak lain
  3. Ketagih dengan gajet disebabkan ibu bapa memilih untuk mengawal anak dengan gajet
  4. Tidak membantu melakukan kerja-kerja rumahkerana diberi kebebasan bermain.
  5. Tidak beradab dan menipu. Selalunya mereka melihat dan meniru perbuatan anda.
  6. Mengamuk jika tidak mendapat apa yang diinginkan. Anak terbiasa mendapat apa yang mereka minta.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkanya. Adalah tugas ibu bapa untuk mendidik mereka yang bukan semua perkara yang diingini boleh dimiliki. Ibu bapa harus bercakap menggunakan perkataan yang betul, tidak memaksa dan bantu anak menjadi terbaik dengan minat mereka. Berikan masa terhad untuk bermain gajet, memupuk untuk membantu kerja-kerja rumah dan menegur dengan teguran yang baik.

Sekian

Team BB

#babybeautynatural

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE