Kanak-kanak 7 tahun dipercayai di dera ibu kandung.

Bacaan 2 minit
Keprihatinan jiran di Bandar Layangkasa di sini telah menggugah perasaan empati terhadap penderitaan seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa dera oleh ibu kandungnya dan kenalannya, seorang tomboy

Seorang jiran yang prihatin, berkongsi bahawa mereka pada awalnya hanya berbincang untuk mencari jawapan apa yang berlaku. Hampir sebulan mendengar kanak-kanak tersebut sering menangis dengan sedih kerana sering dimarahi hampir setiap hari.

Namun, mereka tidak pernah menjangkakan sejauh mana situasinya sehingga mereka menyaksikan keadaan budak lelaki berusia tujuh tahun itu, dengan kesan kecederaan. Mereka menyifatkan sebagai kes penderaan selepas menyerbu kediaman kanak-kanak tersebut kira-kira tengah malam semalam.

Kami sering mendengar tangisan kanak-kanak ini akibat dimarahi, pukulan, dan makian yang dilemparkan padanya. Dalam dua minggu yang lalu, keadaan semakin teruk kerana kadang-kadang dia menangis hingga suaranya tidak keluar, dan ada yang sempat melihat dia dipukul dengan menggunakan rotan.

Kata seorang penduduk yang telah tinggal di kawasan tersebut selama tujuh tahun menceritakan bahawa keluarga berkenaan tidak banyak bercampur dengan jiran di taman perumahan itu.

“Ketika kami melakukan serbuan ke rumah tersebut, ‘tomboy’ yang dikenal pasti masih mempertahankan perwatakannya sebagai lelaki dan dia mengakui bahawa dia memarahi kanak-kanak bernama Iman tersebut kerana itulah cara dia mengajar anak,” jelas kata seorang penduduk disitu.

Namun, perempuan yang berperwatakan lelaki itu dengan cepat meminta maaf dan menceritakan bahawa dia memarahi Iman kerana kanak-kanak tersebut agak degil.

“Apabila kami melihat keadaan anak tersebut, tubuhnya penuh dengan kesan kecederaan termasuk kaki dan tangan. Kita tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi jika kami sebagai jiran tidak bertindak segera; ini benar-benar menyentuh hati kami,” katanya dengan nada serius.

Ibu kepada anak itu yang berusia 27 tahun ditahan reman selama enam hari bermula semalam, manakala kenalannya berusia 30 tahun yang juga seorang warga asing direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kerjasama dalam komuniti memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Diharapkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam kes ini untuk memastikan keadilan ditegakkan dan keselamatan kanak-kanak diutamakan.

Sumber: Hmetro

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..