Mendisiplinkan Anak, Kenapa ‘Time-Out’?

Antara konsep yang selalu disentuh dalam kaedah mendisiplinkan anak oleh ibu bapa ialah:

  1. Time-Out
  2. Token
  3. Star Chart
  4. Reward and Punishment

Time-Out adalah cara menghentikan anak dari aktiviti bermain ataupun menyediakan tempat khusus untuk anak yang didenda. Adakah ini dapat memberi kesan pada tingkah laku anak-anak?.

Ramai yang mencuba mendisiplinkan anak dan ada yang memberi maklum balas yang ia tidak berkesan. Anak menjadi seronok pula dengan Time-Out dimana anak masih buat perangai, anak tidak mahu duduk, mak ayah pula yang tertekan hendak memastikan anak duduk di tempat denda (naughty spot)

Makin berkembang ilmu tentang psikologi kanak-kanak, maka pendekatan kita juga berubah.

Pendekatan Time-Out masih ada peranan, tetapi ia hanya salah satu dari pendekatan yang kita boleh guna. Konsep yang lebih berkesan bukan sekadar menghukum, tetapi masti ada elemen emosi dan problem-solving. Ini elemen yang penting kerana kita mahu mereka belajar apa yang betul? dan bagaimana memperbetulkan keadaan?. Cuba kita muhasabah kembali kaedah kita mendisiplinkan anak dengan 6 langkah mudah kepada Time-Out ini.

Mendisiplinkan Anak – TIME OUT, CONNECT AND RESET

Sebagai contoh, abang bergaduh dengan adik, apa yang perlu dilakukan?
1) Pertama, beri teguran apa kesalahan yang dilakukan
2) Beritahu apa yang perbuatan yang sepatutnya (objektif kita)

Sekiranya masih tidak berjaya mendisiplinkan anak,
3) Time-Out semasa dalam keadaan anak beremosi atau dalam keadaan marah atau melawan
4) Connect – setelah bertenang, mengajar untuk berbaik-baik semula dengan berjabat tangan atau meminta maaf
5) Reset – Jelaskan keadaan yang harus berlaku supaya tindakan disiplin tidak berulang. contoh: “sekarang nak buat macam mana? Macam mana nak main semula baik-baik?
apa kena buat dengan adik?”
6) Puji usaha, perubahan dan hasil inisiatif anak-anak untuk mewujudkan pergaulan yang lebih baik.

Penting untuk ibu bapa mendisiplinkan anak bagi memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni dan membantu membentuk jati diri anak supaya tahu membezakan tabiat buruk dan seterusnya membina tabiat positif dan membina hubungan emosi kekeluargaan.

#babybeautynatural

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE