Melatih Kecerdasan Otak Anak

Bacaan 2 minit

Melatih kecerdasan otak anak. Apa beza lampu mentol dan lampu suluh?

Lampu mentol menerangi ruang-ruang yang luas, tapi samar-samar.

Lampu suluh pula menerangi satu sasaran sahaja. tapi sangat terang.

Macam itulah perbezaan otak kanak-kanak dengan otak orang dewasa.

Otak kanak-kanak lebih peka dan lebih teliti terhadap semua benda, tetapi kurang pengetahuan tentangnya.

Otak orang dewasa pula hanya peka dan nampak satu-satu perkara yang spesifik sahaja, kerana pengetahuan kita lebih tertumpu kepada perkara tersebut.

Oleh tu, kita digalakkan untuk berdoa dan belajar tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang di luar bidang kita bagi membantu otak berfungsi dengan lebih menyeluruh dan lebih peka.

Menurut kajian dalam melatih kecerdasan otak anak, hanya orang seni atau orang kreatif sahaja yang mengekalkan sifat otak seperti lampu mentol dari kecil sampai dewasa.

Cara Melatih Kecerdasan Otak Anak

Meransang otak melalui permainan dengan mengajak anak bermain bersama-sama seperti permainan teka-teki, monopoli, sahiba dan sebagainya. Apabila aktiviti bersama dilakukan semenjak kecil, kecerdasan intelektualnya akan berkembang dengan baik.

Pemakanan yang seimbang penting dalam meningkatkan kecerdasan otak. Makanan yang membantu meningkatkan kecerdasan otak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, telur, kacang, coklat dan sebagainya.

Memberi perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dengan meluangkan masa melakukan kegiatan bersama dan menjaga keperluan anak turut meransang perkembangan otak anak. Aktiviti seperti memberi suapan, mendukung anak, beriadah bersama dengan bersenam atau melakukan aktiviti sukan.

Saling berinteraksi seperti berbual-bual dengan anak, mendengar anak bercakap, memeluk anak dengan kasih sayang dan memberi kesempatan untuk anak mengekspresikan fikirannya dapat meningkatkan IQ anak.

Sentiasa memuji proses pembelajaran anak menyebabkan anak lebih percaya, bermotivasi dan yakin untuk menyelesaikan pelbagai situasi yang dihadapi. Ini akan mengembangkan kecerdasan intelektual anak.

Membacakan buku cerita secara konsisten dengan pelbagai cara yang menarik. Berikan ruangan untuk anak bertanya dan bercerita mengikut imaginasi mereka sendiri.

Usia anak merupakan peristiwa yang paling istimewa yang dilalui mereka. Jadikan proses pembelajaran mereka menjadi kenangan manis untuk diingat sepanjang hayat nanti.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu4 Petua Ini Mambantu Anak Bijak Menulis(Opens in a new browser tab) | Sarapan bekal nutrisi, tingkat perkembangan otak anak | Cara Bayi Belajar Kawal Pernafasan Akibat Sendu | Anak Demam. Si Manja Tidak Sihat?..

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..