Anak Kembung Perut – 5 Punca

Bayi anda kerap menangis? Mungkin bayi anda sedang mengalami kembung perut. Anak kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis pada lewat petang dan awal malam.

Anda boleh cuba mengenalpasti dengan cara menjentik perlahan di perut bayi dan dengar bunyi dan jika perut bayi keras ia merupakan tanda bayi kembung perut. Masalah ini berpanjangan selama 2 hingga 4 jam sehari dan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Antara simtom lain adalah mengalami cirit-birit berair, sering kentut dan selalu menangis kerana perut tidak selesa.

Ia bermula pada umur bayi seusia 2 hingga 3 minggu dan beransur pulih apabila bayi mencapai umur seusia 1 hingga 4 bulan. Dianggarkan 1 hingga 5 dari 10 orang anak kembung perut.

Mengapa Anak Kembung Perut?

  1. Alah kepada laktosa dimana bayi berasa tidak selesa seawal 30 minit hingga 2 jamselepas menyusu payudara atau produk tenusu.
  2. Usus bayi masih belum matang kerana sistem pencernaan masih dalam proses perkembangan.
  3. Cara anda menyusukan bayi yang tidak betul menyebabkan bayi menelan angin berlebihan.
  4. Bayi mengalami sakit perut disebabkan oleh menelan angin ketika menangis.
  5. Terdedah kepada asap rokok. Jika ibu bayi merokok ketika mengandung dan berpantang, bayi itu lebih berisiko mengalami simtom anak kembung perut.

Cara Mengatasi?

  • Elakkan dari membiarkan bayi anda dengan persekitaran yang bising.
  • Bawa bayi anda bersiar-siar dan ambil angin untuk mengalih perhatian bayi.
  • Sendawakan bayi anda selepas menyusu dengan mengusap-usap bahagian belakang bayi secara perlahan-lahan
  • Selimutkan dengan membedung bayi anda dan biarkan dia berada dalam keadaan selesa.
  • Selepas memandikan bayi, cuba membuat urutan dengan Minyak Syafia dari tapak kaki bayi sehingga ke perut dan urutan di bahagian dada dan tangan.
  • Jika bayi anda mengambil susu formula, mungkin ia tidak sesuai dan menyebabkan anak kembung perut. Anda boleh bertukar kepada susu lain.
  • Pastikan kedudukan kepala lebih tinggi dari perut bayi.
  • Tukar kedudukan berbeza semasa penyusuan samada dari payudara atau botol susu.
  • Pastikan bayi latch dengan baik semasa proses menyusu badan.

Nak tips yang lebih banyak anda juga boleh rujuk disini | Cara Merawat Bayi Kembung Perut | Minyak Telon Syafia menenangkan si kecil anda | Ini Punca Bayi Anda Kembung Perut

#babybeautynatural

Sumber: wom

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE