Pemakanan Bayi – 3 Tips

Pemakanan bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk difahami oleh ibu bapa. Kanak-kanak yang montel sering dianggap comel oleh segelintir masyarakat. Tanpa kita sedari, kanak-kanak yang montel ini telah membentuk satu generasi gemuk dan berpenyakit.

Secara asasnya, pendidikan pemakanan bayi dan kanak-kanak dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam menentukan gaya pemakanan bayi dan pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka. Sebelum ketahui tips pemakanan sihat ini, ibu-bapa juga mesti tahu makanan yang perlu dijauhkan dari kanak-kanak.

1. Seimbangkan makanan

Anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi penyebab obesiti.

Kebanyakan ibu bapa menyediakan makanan segera seperti burger, ayam goreng dan minuman bergas. Ini berbahaya kepada anak-anak kita. Pengambilan secukupnya karbohidrat seperti nasi dan mee amat disarankan untuk memastikan anak-anak agar mereka mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.

2. Pemakanan Bayi Seimbang dan Hindarkan ‘jajan’

Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera anak-anak untuk dimakan secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpamanya boleh menyebabkan anak-anak enggan mengambil makanan yang berkhasiat.

Kita sebagai ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak kerana makanan sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak. Banyakkan makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran. Ibu bapa hendaklah mempelbagaikan bentuk atau cara menggalakkan pemakanan bayi dan anak-anak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti mengisar menjadikannya sebagai juice dan sebagainya

3. Banyakkan minum air masak

Anak-anak perlu dididik minum air putih antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan. Kanak- kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Jadi sentiasa bekalkan air putih ketika pergi ke tempat jagaan, sekolah dan ketika bersenam

Semoga dapat manfaat

Team BB

#babybeautynatural

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Article

3 cara ini untuk kembalikan kulit yang cantik

Related Posts
Total
0
Share
error: