Bayi Susah Tidur Malam.Adakah anda runsing bayi anda susah untuk tidur pada malam hari?
Bayi yang kurang tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah.Ini adalah kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur, termasuklah hormon pertumbuhan otak bayi.
Jelas membuktikan tidur adalah aktiviti penting buat bayi. Ini bermakna mereka memerlukan waktu tidur lebih lama untuk perkembangan tubuh dan otaknya.
Lamanya waktu tidur yang baik untuk bayi 0-6 bulan rata-rata dianggarkan 16 jam sehari. Semakin bertambah usianya, maka waktu tidurnya menjadi semakin berkurangan.
Antara Punca Yang Menyebabkan Bayi Sukar Tidur:
1. Kelaparan
Bayi juga manusia biasa, malahan lebih lemah sifat fizikal mereka jika dibandingkan dengan seseorang dewasa. Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan ia juga kerap terasa lapar.
Sebagai ibu, susukanlah anak anda sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Sebelum tidur, susukanlah anak anda secukup-cukupnya, pasti masalah bayi anda yang susah tidur ini akan mula berkurangan.
Jika anak anda menyusu menggunakan susu tepung, anda hendaklah pantau apabila menyusukannya. Elakkan anak anda menyusu sehingga matanya terlelap kerana khuatir akan tersedak.
2. Suasana Yang Tidak Selesa
Tidur memerlukan relaks dan ketenangan sendiri. Jadi, jauhkan bilik tidurnya dari suasana bising dan lampu yang terlalu terang. Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk menjaga keselesaan serta kesihatan bayi. Suhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika menggunakan pendingin udra, atur suhunya jangan sampai bayi menggigil kesejukan.
3. Tidak Selesa Dengan Pakaiannya
Pakaian yang tidak selesa di tubuh bayi, seperti tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menganggu tidur bayi. Sebaiknya, pakaikanlah baju tidur yang ukurannya sesuai dengan tubuh bayi (jangan terlalu besar/kecil), serta diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh
4. Mula Tumbuh Gigi
Tumbuh gigi bagi bayi amat menyakitkan sehingga tidurnya menjadi kurang nyenyak. Gigi yang baru hendak tumbuh akan membuatkan bayi berasa tidak selesa kerana gusinya terasa gatal. Usia bayi di mana gigi pertamanya mula tumbuh adalah berbeza-beza, namun rata-rata bayi mulai tumbuh gigi pada sekitar enam bulan.
Kebanyakan bayi yang tumbuh gigi akan menunjukkan tanda-tanda seperti mengeluarkan air liur dan suka menggigit benda keras.
Cara terbaik untuk melegakan ketidakselesaan anak anda ialah dengan picit gusinya dengan lembut. Pastikan anda membasuh tangan sebelum melakukannya untuk mengelakkan pembiakkan kuman di dalam mulut anak anda.
5. Penyakit Atau Gangguan Kesihatan
Biasanya bayi kalau ada sesuatu yang tidak selesa di tubuhnya seperti adanya penyakit atau gangguan kesihatan seperti demam dan batuk pasti akan kerap menangis.
Jika perlu, segeralah ke doktor kerana gangguan pernafasan pada setiap bayi adalah berbeza-beza.