Anak taknak berpisah? Rasa gelisah, tidak selesa, takut apabila anak berjauhan dengan ibu/bapa adalah normal bagi anak yang berusia antara 8 hingga 14 bulan. Pada fasa ini anak menganggap kehadiran ibu/bapa sebagai zon selamat atau ‘Safety Zone’ mereka.
Namun ada sesetengah keadaan yang berlaku dimana anak yang berusia lebih 6 bulan masih mengalami masalah yang sama. Gejala anak taknak berpisah yang biasa dialami ibu bapa ialah, anak tidak boleh ditinggalkan ke pengasuh atau tidak mahu ditinggalkan di sekolah. Anak menjadi gelisah, takut, tidak selesa, menangis, tidak tenteram atau mengamuk.
Jika gejala ini berlarutan lebih dari sebulan dan kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penyesuaian, anak tersebut mungkin mengalami kebimbangan perpisahan – ‘Separation Anxiety’
‘Separation Anxiety’ biasanya berlaku selepas sesuatu peristiwa bersifat trauma berlaku kepada keluarga atau anak tersebut. Sebagai contoh: berlaku kematian, kemasukan ke hospital, kemalangan, perceraian, penderaan dan lain-lain lagi. Apabila kanak-kanak mengalami tanda-tanda seperti di atas, tidak semestinya bermakna anak tersebut mengalami ‘penyakit’. Dalam kebanyakan kes, ia adalah manifestasi gangguan fikiran atau emosi yang dialami oleh anak tersebut.
Oleh itu adalah sangat penting ibu bapa meneroka segala kemungkinan yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini menunjukkan gejala tersebut dan menyelesaikan sumber konflik tersebut.
Anak taknak berpisah – Boleh dielakkan?
Tidak ada sebarang tindakan spesifik untuk mengelakkan gejala ini dari berlaku. Namun secara umumnya, persedian suasana pembesaran yang baik, galakan dan sokongan kepada perkembangan anak-anak akan membantu anak untuk menjadi berdaya tahan terhadap masalah emosi.
Antara lain, ibu bapa boleh berbincang dengan anak dengan keadaan yang tenang dan positif. Menggalakkan untuk terlibat dalam aktiviti lain untuk mengalif perhatian atau mengucapkan selamat jalan secara ringkas sebelum meninggalkan anak bersama jagaan.
Dari semasa ke semasa, anak taknak berpisah harus dilatih atau diajar berpisah dalam jarak pendek. Lama-kelamaan, akan menjadi kebiasaan apabila ditinggalkan. Walaubagaimanapun cuba elakkan untuk terus tinggal di rumah jagaan dan menghilangkan diri bagi mengurangkan tekanan kepada anak semasa ingin berpisah.
Latihan untuk berpisah perlu dilakukan secara konsisten bagi membiasakan anak berdikari and boleh ditinggalkan dalam jagaan.
Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: 5 petua ini membantu merawat bayi anda demam Cara Mencegah Influenza | 3 cara ini untuk kembalikan kulit yang cantik | Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk
#babybeautynatural