Nak jadi Spiderman: kanak-kanak rela disengat labah-labah

Bacaan 2 minit

Vichuloma, Oruro, Bolivia – Siapa sangka impian menjadi Spiderman boleh mendorong seorang kanak-kanak untuk membiarkan labah-labah hitam menggigit tangannya. Insiden mengejutkan ini berlaku di bandar Vichuloma, Oruro, Bolivia baru-baru ini, ketika seorang kanak-kanak berusia 8 tahun memutuskan untuk mengikuti jejak watak adiwira kesayangan itu Spiderman.

Pengarah Program Penyakit Zoonotik di Jabatan Kesihatan Oruro, Ernesto Vasquez, memberitahu bahawa kanak-kanak lelaki tersebut telah menjumpai seekor labah-labah hitam di bawah batu. Tanpa memikirkan risiko, dia membiarkan labah-labah itu menggigitnya dengan harapan dia akan berubah menjadi adi wira Spriderman. Pada mulanya, kanak-kanak itu meletakkan labah-labah di belakang tapak tangannya sebelum haiwan tersebut menggigitnya.

Namun, impian menjadi Spiderman ini berubah menjadi mimpi buruk apabila, 3 jam kemudian, dia mulai merasakan kesakitan pada badannya dan ototnya mengejang. Ibunya membawanya ke sebuah klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Besar San Juan de Dios di bandar Oruro.

Labah-labah hitam, juga dikenali sebagai spesies Latrodectus, termasuk dalam kumpulan spesies araknid berbisa. Biasanya, labah-labah betina berwarna merah kemerahan dengan tanda berbentuk jam pasir di bahagian bawah perut mereka. Walaupun labah-labah ini dapat ditemui di serata dunia, kecuali di Antartika.

Racun labah-labah hitam mengandungi neurotoksin yang dikenali sebagai alpha latrotoxin, yang berpotensi merosakkan sistem saraf manusia. Gigitan labah-labah ini boleh menyebabkan gejala seperti sakit, kemerahan, dan pembengkakan di sekitar bahagian gigitan, kekejangan perut, rasa mual, muntah, dan peluh berlebihan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan individu yang digigit oleh labah-labah hitam tidak akan menghadapi komplikasi serius. Gejala yang dialami boleh berbeza dari satu individu ke individu lain, dan dalam kebanyakan kes, rawatan perubatan mungkin hanya diperlukan jika keadaan menjadi lebih teruk. Namun, adalah perlu diingat bahawa dalam kes yang sangat jarang, gigitan labah-labah ini boleh menyebabkan komplikasi serius hingga kematian akibat gangguan teruk pada sistem saraf manusia.

Ingin menjadi Spiderman dengan membiarkan labah-labah menggigitnya mengingatkan kita tentang betapa kuatnya daya tarikan watak adi wira Spiderman. Namun, kita perlu mengambil pengajaran dari insiden ini, bahawa impian dan realiti tidak selalu sejajar. Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak tentang keselamatan dan bahaya haiwan-haiwan liar seperti labah-labah ini.

Sumber: HMetro

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaituCara Jenis makann bayi supaya cepat membesarSarapan bekal nutrisi, tingkat pekrembangan otak anakNutrisi penting untuk bayi| Serangan panik di kalangan kanak-kanak | Makanan bayi 6 bulan

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..