Jenis Makanan Bayi Supaya Cepat Membesar

Bacaan 2 minit

Jenis makanan bayi ketika bayi anda berusia 6 bulan. Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah makanan tersebut adalah makanan sihat dan terbaik. Bayi anda membesar dengan cepat dan sihat.

Melalui makanan yang sihat, bayi anda akan mendapatkan manfaat yang luar biasa. Bukan sahaja sihat, malahan makanan yang dinikmati mempengaruhi tahap kecerdasan dan kesihatannya sehingga dia dewasa kelak. Jika bayi anda sudah makan namun berat badannya masih belum ideal, anda perlu memberikan perhatian supaya kesihatannya tidak terganggu.

Cara mudah agar bayi anda membesar dengan sihat adalah meningkatkan pengambilan kalori. Kalori boleh meningkatkan berat badan bayi agar kembali normal. Untuk mendapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan oleh bayi anda itu. Makanan berkalori dapat membantu menaikkan berat badan bayi anda agar tidak terlalu kurus. Dibawah rujukan berat badan bayi yang ideal.

Berat Badan Bayi Ideal

Susu Formula/Susu Ibu

Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian berbeza, susu merupakan makanan yang wajib diberikan di selang seli dengan makanan tersebut. Jika bayi anda masih menyusui, teruskan kerana pada ketika ini bayi anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air susu ibu. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula. Ia boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk. Setelah bayi kenyang di saatnya mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu sampai bayi tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan bayi menjadi gemuk.

Makanan Berkalori

Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk menambah nutrisi bayi anda.Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh buat bayi cepat gemuk dan sihat. Selain itu, pengambilan oatmeal juga boleh membuatkan bayi anda cepat membesar.

Pilih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Berkalori Tinggi

Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi kalori tinggi. Ia akan membantu bayi anda mendapatkan berat badan yang lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat. Berikan bayi anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi kalori yang sihat. Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat untuk bayi anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah dan tambahkan susu yoghurt untuk meningkatkan kalori.

Ikan

Bayi yang berusia setahun boleh bermula dengan ikan.Tetapi, anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar lembut tanpa di berikan perencah atau serbuk perasa.Ikan adalah sumber protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..