BPA Free – PENTING! Apa Maksud Di Botol Susu!

Bacaan 2 minit

Kami ingin menerangkan kepada anda, antara perkara yang paling mustahak untuk diteliti ketika memilih botol adalah botol susu BPA free. Biasa dengar pasal BPA tapi tidak begitu pasti apakah ia? Mari baca apa yang kami sediakan ini.

BPA Free – Apakah maksud BPA?

BPA bermaksud bisphenol A. Ia adalah sejenis bahan kimia yang ditambah dalam kebanyakan produk komersial termasuklah botol plastik, bekas makanan dan juga botol anak anda.

Ia mula ditemui pada tahun 1890, tetapi pada tahun 1950, ahli kimia menyedari potensinya yang boleh dicampurkan dengan sebatian lain bagi menghasilkan plastik yang lebih kuat dan berdaya tahan.

BPA juga digunakan untuk menghasilkan salutan resin epoksi yang disapukan pada bahagian dalam tin makanan untuk mengelakkan logam tin daripada mengakis dan pecah.

Jenis produk yang sering mengandungi BPA selain botol susu

  • Barangan yang dibungkus dalam bekas plastik
  • Makanan dalam tin
  • Kelengkapan peribadi
  • Produk pembersihan wanita
  • CD atau DVD
  • Peralatan elektrik rumah
  • Lensa cermin mata
  • Kelengkapan sukan

Bagaimana BPA boleh memasuki tubuh manusia?

Antara cara utama BPA memasuki tubuh manusia adalah melalui pemakanan. Apabila bekas BPA dihasilkan, tidak semua BPA dimeteraikan dalam produk tersebut. Ini menjadikan BPA keluar dan bercampur dengan kandungan dalam bekas tersebut seperti makanan.

Satu kajian menyatakan, tahap BPA dalam air kencing berkurangan sebanyak 66% selepas 3 hari pengguna mengelakkan pengambilan makanan yang dibungkus.

Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji tahap kehadiran BPA melalui jenis makanan yang dimakan. Mereka yang memakan sup dalam tin berbanding sup yang dimasak segar dalam tempoh 5 hari, mempunyai 1,221% lebih tinggi kandungan BPA dalam air kencing.

Mengapa botol susu BPA berbahaya?

Pendedahan terhadap BPA boleh memberikan kesan terhadap otak dan kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak. Ia juga memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Terdapat juga kajian yang menyatakan hubungan antara BPA dengan peningkatan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, Food and Drug Administration U.S (FDA) menyatakan, BPA masih lagi selamat dengan tahap yang paling rendah dalam sesetengah makanan.

BPA Free – Cara nak kurangkan pendedahan terhadap BPA?

Sekiranya anda masih ragu dengan keselamatan BPA terhadap kesihatan anda, anda boleh cuba mengurangkan pendedahan terhadapnya melalui cara berikut:

  • Gunakan produk tanpa BPA atau botol susu BPA-free. Cari produk pembungkusan atau bekas makanan dengan label BPA-free
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin
  • Jangan panaskan bekas makanan plastik terutamanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Gunakan bekas makanan alternatif seperti bekas kaca, porselin atau stainless steel untuk makanan panas

Malaysia merupakan antara negara yang telah mengharamkan penggunaan botol susu yang mempunyai kandungan BPA sejak tahun 2012. Pengharaman ini termasuklah pengimportan, pembuatan, pengiklanan dan jualan botol jenis ini yang mengandungi BPA.

Antara negara-negara yang turut mengharamkan penggunaan BPA dalam penghasilan botol susu ialah Australia, Denmark, Perancis, Jerman dan New Zealand.

Oleh itu, mungkin botol susu jenis ini sudah sukar untuk didapati berada di rak-rak jualan pasar raya. Selepas ini, anda tidak lagi perlu pening-pening seperti Julie untuk mencari botol susu yang sesuai.

Pilih saja botol susu BPA free yang tertera dengan label , diikuti dengan ciri lain botol yang digemari. Tanpa BPA ternyata lebih selamat untuk anak anda.

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

#babybeautynatural

Minyak Syafia

Tawaran Istimewa Untuk Anda Kali Pertama

Jom lawati kedai online kami babybeauty.my

Baby Beauty Store

Antara Produk Yang Paling Laris

Dudooi Slepp

Dudooi Sleep Spray

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk tumbesaran dan kesejahteraan anak anda...
Fanvit

Fanvit - Minuman Vitamin Strawberry

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengambil berat tentang pemakan..
Minyak Syafia

Minyak Syafia

Bantu bayi anda dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat kolik, sakit perut, selsema..