4 Asas Untuk Memahami Psikologi Anak-Anak

Jika selama anak membesar kita tidak pernah bertanyakan perasaan anak, apabila umur 16 tahun ada benda buruk terjadi pada anak, kemudian pada waktu itu kita baru hendak mendekati anak, pecayalah, anak mungkin tidak akan kongsikan dengan kita. Ini kerana pertanyaan kita itu mungkin akan terasa sangat asing bagi dirinya. Dia mungkin akan tertanya-tanya,

“Di mana ayah sepanjang 15 tahun sebelum” 

Niat kami cuma satu, untuk kita berfikir dan muhasabah tentang titik penting falsafah keibubapaan – segalanya adalah pelaburan. Sepertimana pelaburan kewangan, kita tidak tuai hasilnya sehari selepas kita melabur. Hasilnya adakalanya hanya akan nampak berpuluh tahun kemudian. Tugas kita adalah untuk terus menyemai membaja dan menjaga.

Memahami peranan ibu bapa dalam kontek psikologi bukanlah sesuatu yang rumit. Ilmu psikologi bukanlah sekadar menyediakan kerangka. Oleh kerana masih ada yang keliru, maka kami permudahkan prinsip asasnya dalam 4 perkara penting dalam memahami asas psikologi keibubapaan yang wajib difahami sebelum anda menelusuri pelbagai lagi teori, cerita dan pesan tentang keibubapaan. 

Tiada ibu bapa yang sempurna
Idea dan hasrat artikel ini ditulis juga bukan betujuan untuk menghasilkan ibu bapa yang sempurna. Tidak ada ibu bapa yang sempurna selagi namanya manusia. Begitu juga kami yang berkongsi ilmu ini. Jauh dari kesempurnaan.

Segalanya perlu bermula dari kita
Anda adalah pemain utama kepada apa jua tips yang akan dikongsikan dalam buku ini. Tiada siapa yang anda boleh serahkan tugas ini. Sekalipun terapis terhebat di dunia ini. Segala ilmu yang anda perolehi hanya akan berkesan apabila anda mengamalkanya secara konsisten. 

Kunci pada semua teknik dan tips ialah kebersamaan (bonding)
Kalau ada satu sehaja tips yang kami boleh kongsikan dalam ruang yang terhad, antara semua tip. bagi kami yang paling penting adalah pesanan untuk anda terus berbonding dengan anak anda. 

Ia adalah pintu kepada hampir semua tip yang lain. Malah apa jua tip yang kami kongsikan, tanpa keterikatan emsoi, tiada apa apa yang akan berfungsi.

Proses memahami psikologi anak-anak adalah perjalanan yang perlahan tetapi berkesan.
Seperti analogi pelaburan yang kami kongsikan itu lah hakikat apa juga usaha kita dalam memahami psikologi anak-anak kita. Ia memang perlahan. Ia memang tidak nampak dalam masa sehari dua, tetapi yakin lah, ianya adalah jalan paling berkesan untuk menghasiklan suatu yang lebih kekal. 

Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering

Nutrisi lengkap dengan multivitamin Fanvit

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sertai Telegram Baby Beauty

YOU MAY ALSO LIKE