Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak kegunaan. Spesies tumbuhan herba ini berasal daripada family Labiatae dan genus Mentha. Daun pudina digunakan dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Antara resipi popular yang menggunakan daun pudina ialah ramuan ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding.
Daun pudina mempunyai ciri-ciri yang besifat sejuk. Oleh yang demikian, dalam perubatan masyarakat Cina, daun pudina dijadikan sebagai teh untuk kegunaan harian. Selain itu, daun pudina juga telah lama digunakan di Eropah sebagai penawar bagi penyakit batuk. Spesies tumbuhan herba ini juga turut digunakan dalam merawat penyakit berkaitan paru-paru, demam selesema, membuang angina dalam badan dan juga menghilangkan ruam kulit. Bagi yang sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, pengambilan teh daun pudina juga dapat menghilangkan tekanan.
1) Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut seperti cramps dan colic, ia menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus. Khasiat daun pudina turut dikaitkan dengan kebolehan mengurangkan alahan. Kandungan asid rosmarinic dalam pudina menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan seperti hidung berair, mata gatal atau asma
2) Teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak. Secara tidak langsung melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
3) Daun pudina banyak digunakan dalam produk seperti ubat gigi, ubat pencuci mulut atau gula-gula getah. Selain baunya yang sedap, daun pudina turut mempunyai sifat antibakteria yang boleh membunuh kuman atau bakteria pada plak gigi seterusnya menyegarkan nafas. Sebagai perangsang dan dapat membantu proses penghadaman.
5 Kebaikan daun pudina
Mengurangkan Alahan
Khasiat daun pudina boleh mengurangkan alahan. Kandungan asid rosmarinic dalam pudina menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan seperti hidung berair, mata gatal atau asama.
Melawan jangkitan bakteria
Khasiat pudina boleh juga melawan bakteria. Dalam satu kajian minyak pati pudin boleh membunuh bakteria E.Coli, L.Monocytagenes dan Salmonella Enteritidis yang berada dalam jus nanas dan mangga.
Kajian lain juga menyokong pati minyak pudina boleh menghalang jagiktan bakteria. Ia boleh menghalang tumbesaran bakteria seperti E.Coli, S.Aureus, Pseudomonas Aeruginosa, S.Faecalis dan Klebsiella Penumoniea yang berkaitan dengan keracunan makanan, Jangkitan paru-paru dan jangkitan pada saluran kencing.
Boleh memabantu menurunkan berat badan
Daun pudina juga boleh membantu menurunkan berat badan. Dalam satu kajian terhadap 13 individu yang sihat didapati pemgambilan kapsul minyak pudina dapat mengurangkan selera makan berbanding tidak mengambil minyak tersebut. Namum, hasil sebaliknya didapati pada kajian terhadap haiwan menggunakan ekstrak pudina keputusan peningkatan berat badan. Oleh itu, khasiat daun pudina untuk menurunkan berat badan masih memerlukan banyak kajian lagi.
Meningkatkan tumpuan
Dalam beberapa kajian menunjukkan pudina boleh membantu meningkatkan keupayaan untuk kekal fokus. Satu kajian terhadap 24 individu, pengambilan kapsul minyak pudina meningkatkan prestasi minda dalam ujian kognitif dan mengurangkan keletihan mental.
Melegakan sakit kepala dan migrain
Minyak pudina juga turun mampu melegakan sakit kepala dan migrain. Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan mentol dalam minyak pudina yang boleh meningkatkan kadar aliran darah dan sensasi sejuk yang mungkin mengurangkan kesakitan.
Jenis-jenis daun pudina
Jenis-jenis pudina yang paling lazim ditanam untuk tujuan masakan dan perubatan adalah spearmint, peppermint, chocolate mint, pineapple mint, apple mint, orange mint dan Swiss mint. Walau bagaimanapun, terdapat beratus-ratus jenis pudina yang lain. Jenis pudina boleh membuat pendebungaan silang dan boleh membuat jenis baharu apabila ditanam secara rapat, oleh itu terdapat pelbagai jenis pudina yang masih tidak didokumentasikan. Tidak semua pokok pudina adalah bersifat tumbuhan penutup tanah. Pudina gunung biasa tumbuh dengan ketinggian sehingga 36 inci dan tumbuh meliar di tengah dan tenggara Amerika Syarikat. Lemon mint atau purple horse mint tumbuh sehingga 48 inci tinggi dan merupakan pudina asli yang tumbuh liar di seluruh Amerika Syarikat. Ia mempunyai rasa dan bau seperti sitrus yang tajam.
Semoga bermanfaat buat anda. Mungkin artikel ini juga dapat menfaat untuk anda iaitu: Petua lebatkan rambut anak | Sebab bayi anda gatal kulit kepala | Petua untuk kulit bayi kering | Punca kulit si kecil kering